Kon Yeow anggap mesyuarat susulan Pulau Pinang, Kedah dan Menteri Pengangkutan bincang isu KXP perlu

Admin

GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan wajar mengatur mesyuarat susulan bersama Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang berhubung cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa ‘Kargo’ Kulim (KXP).

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, perkara itu turut diminitkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Bersama-sama Perdana Menteri Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Februari lepas di Putrajaya.

“Kita percaya negeri Pulau Pinang sudah pun menggunakan kesempatan sedia ada termasuk membangkitkan dalam mesyuarat di peringkat Putrajaya berhubung dengan perkara ini.

“Contohnya, di Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada (bulan) Februari, dan saya telah membangkitkan isu ini dan mesyuarat ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Kulim, Kedah, mesyuarat ambil maklum bahawa keterangan cadangan pembinaan lapangan terbang terbaru di Kulim, Kedah dijangka memberi impak negatif kepada Lapangan Terbang Antarangsa (Pulau Pinang, PIA) dekat Bayan Lepas.

“Selain itu, operasi Lapangan Terbang Antarangsa Pulau Pinang (PIA) juga telah melebihi had kapasitinya dan perlu segera dinaik taraf.

“(Berdasarkan pada minit mesyuarat, bertulis bahawa) bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan mengadakan perbincangan secara bersama Kerajaan Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang mengenai perkara di perenggan.

“Maksud saya Kementerian Pengangkutan dapat mengadakan mesyuarat (susulan) sebagaimana telah dinyatakan dalam mesyuarat pada 26 Februari 2019,” jelasnya yang juga Exco Pembangunan Tanah & Hal Ehwal Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi dalam sidang media di Komtar pada 6 Mei 2019.

Jumaat lalu, Kon Yeow mengulangi pendirian Kerajaan Negeri bahawa bimbang dengan hasrat Kerajaan Pusat mahu membina KXP dijangka akan memberi kesan negatif pada ekonomi Pulau Pinang terutama LTAPP.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ADLEENA RAHAYU MOHD. RADZI

Video : CHAN KOK KUAN