Konsert Gala Pro Musica 2011 bakal janjikan kelainan

Admin

ENRICO Casari.

HEIN Boterberg.
HEIN Boterberg.

JULIE Mossay.
JULIE Mossay.

KITTINANT Chinsamran.
KITTINANT Chinsamran.

 

GEORGE TOWN – Konsert Gala Pro Musica 2011 merupakan salah satu agenda dalam kalender pelancongan negeri Pulau Pinang tahun ini, bakal menampilkan beberapa penyanyi hebat di peringkat antarabangsa.

Antaranya Julie Mossay dari Belgium, Enrico Casari dari Itali, Kittinant Chinsamran dari Thailand dan Hein Boterberg dari Belgium. Konsert Gala yang akan diadakan pada 17 Julai 2011 bertempat di Dewan Sri Pinang bakal menzahirkan hasil karya pemuzik terkenal seperti Handel, Mozart, Belleni, Donizetti, Bizet, Delibes dan Rossini.

Dalam pada itu, antara 8 Julai sehingga 14 Julai, sebuah bengkel muzik akan diadakan di Bellevue Hotel, Bukit Bendera. Bengkel “International Workshop & Master Class for Vocal Training & Opera” itu bakal diselia oleh Loh Siew Tuan, salah seorang guru suara terkemuka kelahiran Pulau Pinang, di samping beberapa guru berpengalaman dalam bidang muzik seperti Ronny Lauwers, Benoit de Leersnyder dan Hein Boterberg.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.georgetownfestival.com atau ke pejabat urusetia di 90 Armenian Street, 10200 Georgetown, Pulau Pinang.