Gerak kerja bersama rakyat SPS

Admin

MOHD. Kamil Abu Bakar menggantikan jendela yang telah usang.
MOHD. Kamil Abu Bakar menggantikan jendela yang telah usang.

 

SEBERANG PERAI – Program Gerak Kerja Bersama Rakyat, Seberang Perai Selatan (SPS) buat julung kalinya diadakan dengan kerjasama dari agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta melibatkan seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) SPS.

Pengisian program selama sehari ini termasuklah gotong-royong yang diadakan di perkarangan Masjid Simpang Tiga. Gotong-royong yang mendapat sambutan ramai ini bukan sahaja mampu menjalin ukhuwah malah mampu membendung pembiakan dan penularan demam denggi.

Selain gotong-royong, pada hari tersebut juga, diadakan pameran oleh agensi-agensi dan jabatan kerajaan di Dewan JKKK Simpang Tiga dan tazkirah serta bacaan al-Quran oleh Haji Fahmi Abu Bakar.

Jamuan rakyat yang turut diadakan telah berjaya mengumpul lebih 500 penduduk Kampung Simpang Tiga dan seluruh jawatankuasa JKKK Simpang Tiga. Dalam pada itu, JKKK Simpang Tiga bersama-sama penduduk kampung membaik pulih sebuah rumah yang daif dan kerjasama yang diberikan amat memberangsangkan.

Program Gerak Kerja Bersama Rakyat SPS ini dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Y.B Makhtar Shafie.