Kumpulan Wanita Permatang Rawa dirai

Admin

PERMATANG PASIR – Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man barubaru ini mengadakan lawatan khas terhadap Kumpulan Wanita Permatang Rawa yang mewarisi kemahiran masyarakat tradisi kampung seperti alunan Qasidah dan Burdah, bacaan Yasin dan lain-lain di Permatang Rawa di sini.

Serentak itu, Mohd. Salleh turut menyumbangkan sumbangan bernilai RM2,000 sebagai sokongan kepada kumpulan tersebut sebagai
penghargaan bakti mereka kepada masyarakat setempat.

Katanya, peranan dimainkan kaum ibu dan wanita adalah satu tanggungjawab yang besar.

“Tanggungjawab para ibu dan wanita pada masa hadapan adalah lebih besar kerana lebih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk membentuk generasi anak muda terutama anak-anak perempuan.

“Cabaran yang akan kita hadapi lebih hebat kerana mereka merupakan satu generasi baru dan diharapkan dengan kewujudan kumpulan ini, anakanak akan ada satu panduan serta sandaran untuk menjadi generasi baru yang lebih baik,” ujarnya yang juga Yang Dipertua
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di sini baru-baru ini.