Laluan basikal berdedikasi, libatkan kos sekilometer berbeza-beza – MBPP

GEORGE TOWN – Usaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiapkan laluan basikal berdedikasi sepanjang 33 kilometer (km) bernilai RM30.6 juta menjelang 2020 turut dibiayai beberapa pemaju swasta dan bukan hanya daripada dana pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan semata-mata.

Kenyataan tersebut dinyatakan Timbalan Pengarah Bahagian Kejuruteraan MBPP, Ir. A .Rajendran ketika menjawab dakwaan pihak-pihak tertentu berhubung isu kos pembinaan laluan basikal berdedikasi berkenaan yang dianggap terlalu mahal, serta kononnya hanya dibiayai MBPP sahaja.

“Rancangan pembinaan laluan tersebut akan menyelusuri persisir pantai dari Tanjung Tokong ke tepian Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan berakhir d i Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dekat Bayan Lepas.

“Laluan-laluan basikal ini adalah melibatkan kos sekilometer yang berbeza-beza berdasarkan tender berasingan dan berperingkat untuk bahagianbahagian tertentu.

“Untuk bahagian-bahagian yang dibina dan dikelola oleh MBPP, kita (MBPP) menggunakan sistem tender terbuka sepenuhnya dengan pemilihan harga paling kompetitif.

“Perlu diketahui bahawa jenis laluan yang disediakan bagi setiap kawasan adalah berbeza dan ini akan menentukan kos pembinaan sebenar.

“Contohnya, terdapat bahagian yang memerlukan pembinaan jambatan atau jejantas bagi m e r e n t a n g i s u n g a i s e r t a melengkapkan laluan basikal sedia ada,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Kawalan Bangunan MBPP, Ar. Yew Tung Seang.

Mengulas lanjut, Rajendran memberitahu bahawa daripada keseluruhan laluan tersebut, sepanjang 12.5km lorong basikal telah selesai dinaiktaraf.

“Bakinya dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020,’’ ujarnya.