Reka bentuk semula Bkt. Mertajam, projek usahasama MPSP, ThinkCity

BERAPIT – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan bekerjasama dengan City Of Yokohama, Jepun serta beberapa agensi lain untuk melaksanakan projek reka bentuk semula bandar (urban design) Bukit Mertajam.

Yang di-Pertuanya, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, usahasama itu adalah projek kelangsungan di bawah Program Butterworth Baharu.

“Pada tahun 2016, Majlis Perbandaran Seberang Perai akan terus komited dalam memacu pembangunan mampan di Seberang Perai.

“Ini adalah projek ‘urban design’ Bukit Mertajam,” jelas Maimunah kepada pemberita, selepas Majlis Pembentangan Cadangan Pelan Reka Bentuk Semula Bukit Mertajam di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Chong Eng (Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Padang Lalang merangkap Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) turut sertai majlis penerangan itu.

Dalam perkembangan sama, Maimunah baru-baru ini memeterai satu perjanjian usahasama dengan Think City Sdn. Bhd. (ThinkCity) untuk meremajakan reka bentuk beberapa pekan yang mempunyai nilai warisan tersendiri, dalam tempoh lima tahun akan datang di Butterworth, Seberang Perai Utara (SPU) melalui Program Butterworth Baharu.

Mewakili MPSP, Maimunah menandatangani suatu perjanjian persefahaman (MOU) dengan Pengarah Eksekutif ThinkCity, Hamdan Abdul Majeed.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam turut menyaksikan majlis pemeteraian MOU itu.

Seperti peremajaan George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO beberapa tahun lalu, ThinkCity akan mengeluarkan geran untuk kerjakerja pemuliharaan semula empat lokasi yang telah dikenalpasti, di bawah Program Butterworth Baharu.

Empat kawasan tersebut adalah Pekan Lama Butterworth, Penang Sentral, Butterworth Waterfront dan Sungai Perai.

Difahamkan, Projek Reka Bentuk Semula Pekan Bukit Mertajam dengan usahasama MPSP dan ThinkCity antara lain kerana pekan lama ini mempunyai nilai warisannya yang tersendiri.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);