Lapor kehadiran gelandangan, bantu mereka terima sokongan – Exco

Admin
whatsapp image 2025 04 30 at 11.39.05 am (1)

GEORGE TOWN – Orang ramai digalakkan supaya melaporkan kewujudan gelandangan yang memerlukan bantuan bagi memastikan sokongan yang diperlukan sampai kepada mereka.

 

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata demikian ketika mengetuai operasi berjadual yang diadakan di kawasan sekitar Komtar pada 30 April 2025.

lsk 2
LIM Siew Khim (depan, kiri).

 

Menurut Siew Khim, operasi yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu bertujuan untuk membantu golongan gelandangan dan masyarakat yang memerlukan.

 

 

 

 

“Usaha (operasi berskala kecil) ini juga melibatkan rujukan individu ke Pusat Transit Gelandangan dan penyediaan pelbagai skim bantuan oleh JKM berdasarkan kriteria tertentu.

 

Saya menggalakkan orang awam melaporkan kewujudan gelandangan yang memerlukan bantuan bagi memastikan lebih ramai mendapat sokongan,” katanya.

 

Hadir sama, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Negeri Pulau Pinang, Jamuna Naidu Nesen; Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut, Baizlin Hasbi Bedol dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Negeri Pulau Pinang, Mohd. Hairul Faiz Harun.

 

whatsapp image 2025 04 30 at 11.39.08 am
PASUKAN yang terlibat dalam operasi berkumpul di pintu masuk bangunan Komtar bagi mendengar taklimat.

 

Mengulas lanjut, Siew Khim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, memuji perubahan positif di kawasan operasi, seperti kebersihan yang lebih baik dan pengurangan jumlah gelandangan di sekitar KOMTAR.

 

Beliau juga berkata bahawa inisiatif pemadanan pekerjaan dalam program ini telah berjaya membantu lebih 100 individu mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

 

Difahamkan, program seperti ini mencerminkan usaha berterusan bagi memastikan tiada individu tercicir daripada menerima bantuan yang diperlukan.

 

whatsapp image 2025 04 30 at 11.39.06 am (1)
LIM Siew Khim bercakap dengan seorang individu yang berkerusi roda.

 

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: SIEW CHIA EN