Larian ‘Penang TOP International Tower Run’ 2019, dibuka sehingga 10 September ini

GEORGE TOWN – Penyertaan untuk larian ‘Penang TOP International Tower Run’ 2019, dibuka sehingga 10 September ini.

Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee berkata, acara yang bakal dimulakan seawal jam 7:30 pagi memerlukan para peserta menaiki 1,381 anak tangga menara Komtar sebagai penamat perlumbaan.

“Saya dengan sukacita mengumumkan bahawa seramai 800 peserta telah mendaftar untuk acara larian ini yang melibatkan penyertaan daripada luar negara seperti Brunei, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, China, Iran, Kenya, India, Australia dan Amerika Syarikat.

“Selain itu, para peserta yang telah mendaftar akan menerima t-shirt serta pingat,” katanya semasa sidang media di ruang konkos TOP Aras 5 Komtar, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengurus Besar ‘The Top’ Komtar, Joel Law dan Pengurus Besar JomRun Sdn. Bhd., Muhammad Fuad Rosli.

Mengulas lanjut, Lip Chee menyeru agar orang ramai turut bersama-sama mendaftar bagi acara larian tersebut.

Difahamkan, juara akan membawa pulang wang tunai RM 1,000 diikuti tempat kedua (RM800), tempat ketiga (RM500), tempat keempat (RM300) dan tempat kelima (RM200).

Bagi yang berminat untuk menyertai larian ini, pendaftaran boleh dilakukan di laman sesawang https://bit.ly/jomrun (pengguna telefon pintar android) dan  http://bit.ly/jomrunios (pengguna telefon pintar iPhone).

 

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar: NOOR SITI NABILAH NOORAZIS