Latihan simulasi bencana bukti kecekapan, kesiapsiagaan agensi penyelamat

Admin
img 20250708 wa0088

KEPALA BATAS – Sebahagian laluan di sekitar Kuarters Institut Pendidikan (KIP) Seri Serdang dekat sini ditutup kepada semua kenderaan awam bermula jam 9 pagi tadi.

Kederaan siren kenderaan agensi penyelamat seperti trak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (bomba), kereta serta motosikal unit peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) silih berganti yang menandakan satu insiden sedang berlaku di kawasan terbabit.

Ternyata semua itu hanyalah latihan simulasi bencana membabitkan keruntuhan bangunan, binaan dan struktur khas (Ex-cobra) tahun 2025 anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam insiden tersebut, seramai 40 pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan ditemani lima jurutera daerah telah memasuki kuarters yang sudah lama terbiar dan tidak didiami itu untuk menguji serta menikai tahap kestabilan struktur bangunan supaya pihak berkuasa boleh melakukan tindakan selanjutnya.

img 20250708 wa0107img 20250708 wa0133img 20250708 wa0135

Walau bagaimanapun, struktur dinding bangunan empat tingkat itu runtuh secara tiba-tiba akibat berlaku mendapan tanah dan menyebab semua mangsa terperangkap di dalam bangunan sekali gus menimbulkan suasan panik dan huru-hara.

Salah seorang mangsa yang berjaya mencari jalan keluar kemudiannya menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan penyelamat.

Beberapa minit kemudian, sepasukan anggota polis dan bomba dari kawasan Kepala Batas, Daerah Seberang Perai Utara tiba ke tempat kejadian untuk menyelamat dan menyiasat keadaan sebenar di lokasi kejadian.

Pihak polis kemudian mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai bencana tahap satu dan memerlukan lebih banyak kepakaran daripada pelbagai agensi penyelamat lain perlu dihantar ke lokasi kejadian.

Tidak lama kemudian, beberapa pasukan penyelamat termasuk Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pasukan anjing mencari dan menyelamat (K9), Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) tiba di lokasi dan bersiap sedia untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

img 20250708 wa0129img 20250708 wa0121img 20250708 wa0075img 20250708 wa0098img 20250708 wa0083

Selepas kira-kira 3 jam, pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengeluarkan 42 mangsa yang terperangkap dan diberikan pertolongan cemas sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

Sementara tiga lagi mangsa temui telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Muhamad Ghopran Yeop Hamzah memberitahu bahawa lebih 200 anggota daripada pelbagai unit penyelamat telah digerakkan dalam operasi tersebut.

Beliau berkata, latihan simulasi bencana yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu bertujuan menyelaras pelbagai unit agensi kerajaan supaya kerja-kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur sekiranya berlaku sebarang bencana.

img 20250708 wa0126img 20250708 wa0115img 20250708 wa0092img 20250708 wa0044

“Hal ini supaya semua agensi penyelamat dapat bertindak dengan pantas dan menyelaraskan arahan serta tindakan jika berlaku sebarang bencana selain memastikan sistem menyelamat di negeri ini sentiasa dalam keadaan yang baik.

“Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama aktif dalam menjayakan latihan ini, dan kita berharap agar latihan ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan lebih berwarna-warni,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Latihan Simulasi Bencana Keruntuhan Bangunan, Binaan & Struktur Khas Negeri Pulau Pinang (Ex-cobra) Tahun 2025 Di Kip Seri Serdang, di sini.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Zulkifli Long dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Mastura Mohammad antara yang hadir menyaksikan simulasi latihan bencana berkaitan.

img 20250708 wa0127img 20250708 wa0109img 20250708 wa0100img 20250708 wa0041

Sementara itu, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Mohd. Hafiz Aswad Nadzri berkata bahawa latihan simulasi bencana telah membuktikan tahap kecekapan, kesiapsiagaan serta keyakinan pihak berkuasa dalam menghadapi sebarang bencana berada dalam keadaan baik.

“Saya melihat wujudnya hubungan yang baik serta keserasian dalam penyampaian maklumat antara dua pusat kawalan iaitu Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Kami sentiasa menerima maklumat terkini yang disalurkan secara berterusan daripada PKTK kepada PKOB.

“Maklumat tersebut sentiasa dikemas kini dan pihak kami berjaya memperoleh data yang hampir tepat dan sangat membantu dalam pelaksanaan tugas,” katanya kepada pemberita selepas tamat latihan simulasi.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman dan Rosli Zakaria, Ketua Zon 4 , Pulau Pinang dari Jabatan Penyelamat Bomba.

Jelas beliau, simulasi tersebut mendedahkan peranan, saluran komunikasi dan berita pantas dan padat disalurkan kepada orang awam sekiranya berdepan dengan ancaman sebenar.

“Latihan simulasi hari ini boleh dikatakan telah mencapai objektif dan kami akan meneruskan lagi program ini pada masa akan datang tetapi dengan skop bencana yang lain,” katanya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD