Lebih 2,000 pengunjung meriahkan ‘Majlis Kenduri Rakyat’ ADUN Telok Ayer Tawar

Admin

TELOK AYER TAWAR – Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan ‘Majlis Kenduri Rakyat’ anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar, Dato’ Mustafa Kamal Ahmad.

Program yang berlangsung dekat Eco Park, Taman Robina di sini pada 11 September 2022 turut dimeriahkan dengan pelbagai acara bermula dari jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

Pengunjung menikmati juadah yang disediakan.

Mustafa Kamal berkata, Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Telok Ayer Tawar dipilih sebagai tuan rumah bagi program berkenaan yang bermatlamat untuk mendekati rakyat setempat.

“Kita juga adakan pelbagai lagi program yang menggalakkan penyertaan rakyat seperti pertandingan zumba serta pameran kereta dan motosikal.

Antara pengunjung yang hadir.

“Selain itu, kita juga adakan program kacau bubur asyura yang diterajui oleh Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (KADUN) Telok Ayer Tawar secara bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat

“Program ini dilihat mendapat sambutan yang baik dari penduduk sekitar yang mana kita anggarkan kehadiran pengunjung adalah melebihi 2000 orang.

Pameran kereta antara acara yang diadakan.
JPWK Telok Ayer Tawar memeriahkan lagi majlis dengan menganjurkan program kacau bubur asyura.

“Justeru, saya ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir memeriahkan program ini semalam,” katanya kepada Buletin Mutiara ketika dihubungi.

Difahamkan, pogram tersebut turut diserikan dengan lawatan lapangan oleh peserta-peserta Sidang Wanita Pulau Pinang 2022.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ADUN