Libat urus RMKe-13 platform kerajaan interaksi dengan rakyat

4f73ac8c 2319 4e50 ad50 b36406a67d58

 

PANTAI JEREJAK – Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) sangat penting dalam menyelesaikan banyak isu rakyat termasuk membantu merancakkan ekonomi serta menambah baik kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata sesi yang dijalankan di seluruh negara itu merupakan satu peluang kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dalam proses mengumpul maklumat yang sangat berharga dalam jangka panjang.

“Gunakanlah ruang yang disediakan ini dengan sebaik mungkin untuk melontarkan idea membantu agensi-agensi awam dan Kementerian Ekonomi yang telah diberikan amanah menggubal RMKe-13 untuk membina inisiatif yang diperlukan di bawah kerangka yang telah diluncurkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

b72747d5 c2c4 40b4 a239 e2b30ea2712a

“Walaupun telah dibentangkan di Parlimen, Kerajaan Perpaduan Madani yakin bahawa usaha seperti ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk berinteraksi dengan rakyat bagi mendapatkan pandangan dari semasa ke semasa.

“RMK ini sangat penting bagi kita untuk menyusun pelan pembangunan sama ada yang berbentuk fizikal mahupun bukan fizikal secara berterusan dan tersusun,” ujarnya pada Sesi Libat Urus Rancangan RMKe-13 Kali Kelima di Dewan Serbaguna Pasar Awam Bayan Baru di sini semalam.

4aa263ee 5b4a 4ff2 be53 585900ad6654

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Chee Yeeh Keen; Ketua-ketua Jabatan, Pengarah Eksekutif Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Fahmi yang juga ADUN Pantai Jerejak dalam pada itu yakin lebih banyak program, aktiviti dan inisiatif akan diperkenalkan untuk memajukan Pulau Pinang demi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMARt