Martabatkan Sidang Wanita Pulau Pinang komitmen bersama – Choo Kiang

LAW Choo Kiang (kiri) dalam acara forum yang dimemudi oleh Rohana Abdul Ghani bersempena Sidang Wanita Pulau Pinang di sini baru-baru ini.


ANTARA kelainan yang menarik bagi kitayang pernah ke luar negara adalah lebih ramaiwakil rakyat bersidang dalam Parlimen dan kabinet.



Namun, suasana sebegitu seakan masih baharudi tanah air tercinta ini terutama melibatkanAhli Parlimen ataupun perwakilan wanita.



LAW Choo Kiang

Demikian antara perkongsian pengalaman Dato’ Law Choo Kiang atas kedudukannyasebagai Yang Di-Pertua Dewan UndanganNegeri (DUN) Pulau Pinang serta pernahmelawat beberapa dewan persidangan di luarnegara bagi melihat tahap penglibatan wanitadi sana.



Bertitik tolak daripada bebeberapapengalaman itu, Choo Kiang memberitahubahawa ia sedikit banyaknya memberiinspirasi buat diri sendiri untuk mengambilbahagian dalam menjayakanprojekpenyediaan kepemimpinan masa hadapanmenerusi Sidang Wanita Pulau Pinang hinggakini.



Beliau berkongsi pendapat itu pada suatuacara bicarawara bersempena Bengkel Pembangunan Kapasisti Sidang Wanita PulauPinang 2021 anjuran agensi negeri, Perbadanan Pembangunan Wanita PulauPinang (PWDC) yang dilangsungkan di Hotel Ixora, Seberang Jaya pada 23 Oktober 2021.



Ahli Lembaga Pengarah PWDC, Dato’ Rohana Abdul Ghani sendiri yang mengemudikan sesibicarawara selama kira-kira 30 minit tersebut.



“Saya berasa semangat untuk mencari strategi bagaimana Malaysia dapat mencontohi dewan persidangan negara-negara lain dari segikesaksamaan gender dalam bidang politik.



Bagi saya, sudah sampai masa golonganwanita di Malaysia maju ke peringkat yang lebih tinggi dalam membuat keputusan dan dasar,” jelas Choo Kiang.



Difahamkan, sebelum menjadi Speaker DUN Pulau Pinang, Choo Kiang pernah menjadiAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun serta ditaklifkan sebagai Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan.



Berbekalkan pengalaman tersebut, Choo Kiang berkata beliau sendiri melihat peri penting untuk wanita terus mengambilbahagian dalam bidang pembuat keputusan di negeri ini demi merealisasikan dasarkesaksamaan gender.



Lalu, dalam bicarawara itu, beliau turutmelontarkan soalan kepada sekalian calonSidang Wanita 2021 seperti berikut;


Adakah negara akan mengalami perubahanjika 30% wanita terlibat dalam bidangpolitik?”



Dalam reaksi balas, seorang peserta Sidang Wanita yang dikenali sebagaiRathigamemberitahu bahawa jika 30 peratus wanitaterlibat dalam arena politik, pentadbiran; sistem pembuat keputusan lebih efisien dan adil dari segi kuasa masing-masing.



Di samping itu, dia memberitahu Choo Kiang dan sekalian peserta bual bicara tersebutbahawa wanita juga tidak suka melengahkanmasa serta menangguh kerja kerana sudahterbiasa menjalankan peranan sebagai ibu atauisteri semasa di rumah.



Menyambung bicara selepas itu, Rohanameminta Choo Kiang menggariskan karektoryang wajar ada pada seorang ADUN Wanita supaya pendapat mereka jelas dan dihormati.



Baik ADUN lelaki atau wanita, menurut Choo Kiang, mereka sekurang-kurangnya wajar adatiga karektor, iaitu profesionalisme dalambidang kuasa masing-masing, yang mana masing-masing perlu membuat kajian sertamenambah ilmu pengetahuan untukmendapatkan pelbagai pandangan dari sisiyang berbeza.



“Lain golongan, lain pendekatannya,” selorohnya.




Selain mempunyai kemahiran berbahas atauberdebat, bagi saya seseorang ADUN termasuk dari gender wanita juga perlumencari atau meneladani seorang ahli politikyang handal supaya dapat meningkatkankemahiran artikulasi.



Kriteria ketiga yang bagi saya tak kurangpenting juga adalah seseorang ADUN itu perluada kematangan dan tahu mengawal emosidalam menyuarakan idea serta berbahas dalamparlimen dan juga semasa menyantuni rakyat,” jelasnya lagi.



Senada dengan pendapat Choo Kiang itu, salah seorang peserta Sidang Wanita yang dikenali sebagaiSaraswathymemberitahubahawa kemahiran komunikasi sangat pentingdalam membentuk kepimpinan.



Sementara itu, seorang peserta lain yang dikenali sebagaiSarifatul‘ pula berpendapatbahawa seseorang wakil rakyat juga perlumempunyai integriti dan berprinsip.



“Wakil rakyat perlu ingat manifesto atau hakyang ingin diperjuangkan untuk rakyat,” tambah beliau sebagai menjawab soalan Choo Kiang.



Manakala seorang lagi peserta yang mahudikenali sebagai ‘Miriam’ pula berpendapatbahawa seseorang wakil rakyat perlumempunyai empati yang tinggi dalam diriuntuk lebih dekat dengan rakyat.



Contohnya, kenyataan daripada senator yang mengatakan bahawa drama Korea mendorongindividu untuk membunuh diri.



Secara peribadi, saya berasa kecewa dan berharap ahli politik lebih peka dan mempunyai nilai empati yang tinggi sebelummengeluarkan apa-apa kenyataan yang sensitif,” ujarnya dalam nada yang sederhana.



Pada sesi soal jawab selepas itu, seorangpeserta program yang dikenali sebagaiShareenabertanya Choo Kiang perihalpenglibatan 30 peratus wanita dalam Parlimensama ada untuk mengisi kuota ataupunsememangnya bagi mewakili suara wanita.



Bagi Choo Kiang, setiap individu seharusnyamempunyai cita-cita untuk menjadi ahlipolitik.



(Dan) dengan ada cita-cita sebegitu, membuatkan inidividu berkenaan adasemangat untuk melontarkan suara sertamenonjolkan diri dalam platform politik yang melibatkan aspirasi wanita,” katanya.



Tambahnya lagi, dengan adanya cita-citapolitik sedemikian sekali gus akan mendorongmereka untuk mengetahui selok-belok isulokal berkaitan wanita serta aspekperundangan yang mungkin jarangdibangkitkan dalam dewan persidangan.



“Pada era sebelum ini, tiada mekanisme yang dapat dimanfaatkan oleh individu yang barubergelar wakil rakyat.



Tidak seperti sekarang yang mana banyakprogram atau bengkel yang membolehkanindividu membuat persediaan dan kajiansebelum menjadi wakil rakyat,” jelasnyasambil menzahirkan harapan agar semuapeserta bengkel dapat memainkan perananmasing-masing dalam memartabatkan gender wanita.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB