MBSP tambah kekerapan kutipan sampah sempena Aidiladha

Admin
whatsapp image 2025 05 28 at 13.01.34

SEBERANG JAYA – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka disambut pada 7 Jun ini, Majlis Bandaraya eberang Perai (MBSP) akan membuat penambahan dan pindaan kepada jadual kutipan sampah.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berkata MBSP akan menambah kekerapan bagi kutipan sampah di seluruh Seberang Perai bermula 6 Jun 2025 (Jumaat).

“Kutipan sampah pusingan pertama akan bermula pada pukul 6 pagi hingga 1 petang, manakala kutipan sampah pada pusingan kedua pula akan bermula pada 3 petang hingga selesai.

“Pada 7 Jun (Hari Raya Aidiladha) pula, kutipan akan dijalankan sekali sahaja dalam satu iaitu bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga selesai.

“Selain itu, kutipan pada sehari selepas hari raya (8 Jun) juga akan dijalankan bermula pukul 7 pagi hingga selesai,” katanya semasa mempengersusikan Mesyuarat Majlis Penuh Kalu ke-611 Bil. 5/2025 dekat Menara Bandaraya MBSP di sini pagi tadi.

Baderul Amin berkata, bagi menampung lebihan sampah sempena Hari Raya Aidiladha, MBSP turut akan meletakkan tambahan tong jenis RORO pada 6 hingga 8 Jun 2025 di 20 lokasi hotspot di seluruh Seberang Perai.

“Lokasi-lokasi tersebut termasuklah di kebuk-kebuk sampah di Jalan Seri Serdang, Jalan Seri Gelugor, Jalan Kubang Menerong, Jalan Jarak, Jalan Cahaya Seribu, Jalan Maju, Jalan Simpang Empat Permatang Buloh dan kawasan Flat UDA Bagan Dalam,.

“Tong juga akan diletakkan di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sama Gagah, Kawasan pencawang Bukit Indera Muda, Pasar Awam Kampung Baru, Pasar Awam Kota Permai, Pasar Awam Sri Rambai, Pasar Awam Permatang Tinggi, Jalan Kampung Stesyen, Jalan Kampung Sanglang dan Jalan Kampung Kepala Gajah,” ujarnya.

Tambah Baderul, perubahan jadual kutipan adalah selaras dengan dasar MBSP untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Seberang Perai terutamanya pada musim perayaan.

“MBSP menyeru semua pihak di Seberang Perai supaya dapat mengurangkan penjanaan sisa sampah, tidak membazirkan makanan dan mengamalkan kitar semula semasa menyambut Hari Raya Aidiladha,” serunya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS