MBSP terus perkukuh usaha bina bandar inklusif, mesra OKU

fb img 1762591343397

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terus memperkukuh komitmennya dalam membina bandar yang bukan sahaja inklusif malah mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pelbagai inisiatif, sejajar dengan aspirasi Bandar Masa Hadapan dan Visi Penang 2030.

 

 

Setiausaha Bandaraya MBSP, Mohd. Ibrahim Md. Nor berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuklah penyediaan laluan ‘tactile’ bagi membantu pergerakan OKU penglihatan; peluasan akses kemudahan mesra OKU serta pelaksanaan pendekatan Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) dalam perancangan pembangunan bandar.

 

fb img 1762591361458
MOHD. Ibrahim Md. Nor (depan, tengah) menyerahkan sijil penghargaan kepada rakan penganjur di sini.

 

Tambah beliau, program yang dilaksanakan ini diharap dapat diteruskan sebagai wadah dalam membina kefahaman masyarakat terhadap isu OKU, selain memupuk empati dan menghapuskan stigma terhadap warga OKU penglihatan.

 

 

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Berjalan Kaki Sempena Hari Tongkat Putih Sedunia 2025 “Dekati, Sayangi OKU Penglihatan”, anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan OKU Penglihatan Prihatin (PKOPP) di Tapak Perhimpunan Korporat, Menara Bandaraya MBSP di sini pada 8 November 2025.

 

fb img 1762591261014

 

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen hadir menyempurnakan pelepasan peserta.

 

 

Hadir sama, Presiden PKOPP, Haszemee Abdul Hamid; Pengerusi Program, Tarmizi Jusuh; wakil Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Hairulizwan Shahidan; Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan MBSP.

 

fb img 1762591287149

 

Mengulas mengenai sambutan Hari Tongkat Putih Sedunia, Mohd. Ibrahim menjelaskan bahawa ia diraikan setiap 15 Oktober di seluruh dunia dan menjadi simbol kesedaran serta penghargaan terhadap komuniti OKU penglihatan.

 

 

“Program sebegini bukan sekadar acara berjalan kaki, tetapi simbol kebersamaan, kesetaraan dan kemanusiaan,” katanya.

 

fb img 1762591321993

 

Beliau turut mengimbau sejarah perjuangan dalam membela nasib warga kurang penglihatan di Pulau Pinang, termasuk penubuhan St. Nicholas Home for The Blind pada tahun 1938 yang menjadi tonggak kepada komuniti OKU penglihatan di negeri ini.

 

 

Tambah beliau, MBSP turut menghasilkan video berunsurkan kesedaran universal dan empati terhadap isu OKU dan pada masa sama menganjurkan pelbagai program komuniti di bawah kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Prihatin bersempena sambutan Hari OKU Kebangsaan.

 

fb img 1762591304467

 

Difahamkan, program berjalan kaki yang berlangsung pada awal pagi tersebut, disertai wakil PKOPP, barisan urus setia, dif jemputan serta peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat yang bersama-sama memeriahkan acara penuh bermakna itu.

 

 

 

Gambar: MBSP