Misi kutipan dana NKF diteruskan walau berdepan cabaran

325ca59e f7ea 43e1 bb4b 844ab5539e92

MISI mengutip dana bagi pesakit buah pinggang di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) kawasan utara oleh  MUHAMMAD TAMIZIE JIDIN, 39, berjaya dilaksanakan pada 1 hingga 4 Oktober lalu meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang misi tersebut.

1fd09964 2988 4642 afb1 68d96225137b

Muhammad Tamizie memberitahu bahawa semua kutipan tersebut telah diserahkan secara terus kepada pihak NKF yang terlibat.

Bercerita mengenai cabaran dalam melaksanakan misi kali ini, Muhammad Tamizie berkata, beliau akur apabila misi awalnya secara kayuhan basikal berubah pada saat-saat akhir.

“Pada asalnya, misi ini dijalankan secara kayuhan basikal. Malangnya, ketika di Sungai Petani, basikal saya mengalami masalah yang mana tayar bocor dan rim bengkok.

a466d9c2 5e8a 48a3 82c7 d4911ce0b65a

“Saya terpaksa meneruskan misi ini menggunakan motosikal, walaupun perancangan asal adalah untuk mengayuh basikal, kerosakan tersebut tidak dapat dielakkan.

“Selain itu, perjalanan ke Perlis juga tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan masa,” ujarnya ketika ditemui wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI, semalam.

ca6697bb da06 4f1b aa56 6c3417c9d6b4

Beliau menganggap cabaran tersebut sebagai salah satu ujian dalam melaksanakan program kebajikan.

Tambahnya lagi, jajaran jelajah juga terpaksa dikurangkan kepada 200 kilometer sahaja.

f3192295 af96 4d6b 930f bbf4d4636d47

“Namun perkara seperti ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk meneruskan lagi projek kebajikan seperti ini pada masa hadapan.

“Saya anggap cabaran kecil ini tidak seberapa berbanding mereka yang diuji dengan masalah buah pinggang dan pelbagai penyakit lain,” jelasnya lagi.

Muhammad Tamizie turut merakamkan penghargaan kepada NKF Sungai Petani; NKF Kulim dan Penang Fo Yi Haemodialysis atas layanan mesra dan sokongan sepanjang perjalanannya.

“Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan tajaan yang mana bantuan anda semua amat saya hargai,” katanya menutup bicara.