MP rai sukarelawan misi kemanusiaan banjir

Oleh: AHMAD ADIL MUHAMAD

BUKIT MERTAJAM – Seramai 40 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini diraikan dalam suatu majlis yang diadakan di kediaman Ahli Parlimen Bukit Mertajam di sini.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai jasa sukarelawan terbabit yang telah meluangkan masa selama dua minggu bagi membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di sana.

Selain kerja-kerja pembersihan, pasukan tersebut turut memberikan khidmat kaunseling dan bantuan kewangan secara terus kepada mangsa-mangsa terlibat.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong memberitahu, walaupun ada yang menyatakan bahawa misi tersebut dijayakan pejabat khidmat beliau, namun sukarelawan yang sanggup meredah lumpur dan selut itulah yang sepatutnya diberi penghargaan.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

“Misi ini juga menonjolkan semangat kekitaan yang amat kuat melangkaui kaum dan agama di kala rakan-rakan lain di negara ini dilanda musibah,” ujar beliau pada majlis sambutan berkenaan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Chee Keong turut menggesa agar Kerajaan Persekutuan supaya menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di saat rakyat ditimpa musibah banjir yang teruk.

“Cadangan untuk meneruskan juga cukai membebankan ini adalah tidak masuk akal terutamanya kepada rakyat di Pantai Timur dalam keadaan sekarang.

“Jika Kerajaan Persekutuan yang besar ini pun terpaksa menstrukturkan semula rancangan perbelanjaan mereka, apatah lagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya mangsa-mangsa banjir