MPIHPP terajui pembangunan sektor halal inklusif dan berimpak tinggi – Ketua Menteri

Admin
e77814b6 8eea 4902 80d8 513680cfb6c4

SEBERANG JAYA – Kerajaan Negeri komited melipatgandakan usaha menjadi peneraju hab pengeluaran, pemprosesan dan pengeksportan produk halal utama dalam negara ke pasaran ASEAN serta global.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian semasa berucap pada acara Pelancaran Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang (MPIHPP) di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri melalui Unit Perbadanan Ketua Menteri (CMI) telah menubuhkan Penang Halal International (PHI) sebagai anak syarikat strategik yang menerajui inisiatif pembangunan dan promosi industri halal dalam negeri.

“PHI berperanan sebagai pemangkin kepada pengukuhan ekosistem halal negeri dengan memberi tumpuan kepada pensijilan halal, peningkatan kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta menarik pelaburan halal dari dalam dan luar negara.

e9e8a47f 6ee9 43ef a86a c5622c17ac69“Umumnya, sinergi antara CMI dan PHI membentuk asas yang kukuh kepada daya tahan serta daya saing sektor halal negeri, dan kerjasama ini akan terus digembleng melalui platform MPIHPP.

“Bahkan, saya amat berbangga apabila Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia yang melakukan pengauditan produk-produk peranti perubatan dengan pematuhan penuh kepada sembilan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM), syabas diucapkan kepada Timbalan Ketua Menteri I, PHI serta semua pihak yang terlibat dalam kejayaan ini,” jelasnya pada majlis berkenaan.

baea6209 2500 4aa1 8ea6 af0e724df9a0Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohammad Abdul Hamid; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.

5c7aa622 a9e0 49f7 915e 907f0ff8e0af
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Negeri Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ramli; Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut menyeru semua pihak agar sama-sama berganding bahu menjadikan Pulau Pinang sebagai hab utama industri halal di peringkat antarabangsa.

5cabb087 9f85 4248 a1ea 687a27e623ef“Penubuhan MPIHPP merupakan langkah strategik sejajar dengan dasar nasional yang berperanan memperkukuh tadbir urus halal secara lebih tersusun, telus, bersepadu serta memperluas kerjasama antara kerajaan, industri, komuniti dan institusi pendidikan tinggi yang seterusnya merangsang ekonomi melalui pembangunan sektor halal inklusif, berimpak tinggi serta berorientasikan eksport.

1cb7734c c45f 44b6 9f1d d580359af310
“Justeru, Pulau Pinang tidak boleh ketinggalan dalam menguasai pasaran halal global, khususnya dalam sektor makanan dan minuman, logistik halal, farmaseutikal, kosmetik serta teknologi halal yang berasaskan inovasi,’’ serunya.

Kon Yeow dengan itu turut menyatakan bahawa negara-negara ASEAN perlu bersatu sebagai sebuah blok pasaran yang lebih kukuh, dan Malaysia perlu memperluas industri halal dengan menggunakan kelebihan sistem teknologi serta tenaga mahir tempatan supaya tidak hanya dilihat sebagai sebuah negara perdagangan semata-mata, sebaliknya juga sebagai sebuah ekonomi berasaskan teknologi.

8852871f 40f5 4318 a70b 3b226cc9bc92
Dalam pada itu, Zahid dalam sidang media selepas itu turut menyatakan bahawa produk-produk Malaysia tidak dapat dipasarkan ke luar atas sebab usaha pemasaran yang kurang.

“Industri halal selain Malaysia, adalah dari Indonesia dan Thailand, produk-produk dari negara berkenaan telah menembusi pasaran lokal cuma produk (Malaysia) belum lagi kerana usaha pemasaran yang kurang.

“Justeru, terdapat beberapa usaha yang sedang dipergiat iaitu melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar ( MATRADE) untuk menyebar luaskan lagi pemasaran.

“Oleh itu, sebuah forum Halal ASEAN bakal diadakan melibatkan pemain industri serta pengimport, tidak lupa juga Halal Council for Asean juga bakal diwujudkan,” ujarnya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR

Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS