MPSP harap penduduk sumbang idea cadangan penambahbaikan Jalan Seledang dan Jalan Alma Jaya 2

Admin

BERAPIT – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengemukakan tiga cadangan bagi penambahbaikan Jalan Seledang dan Jalan Alma Jaya 2, di sini.

Justeru, Ahli Majlis bagi MPSP, Ong Jing Cheng berharap agar penduduk di sekitar jalan-jalan berkenaan dapat membuat pilihan melalui bancian yang bakal dijalankan pada Jun ini.

“Cadangan pertama ialah membina pembahagi jalan di Jalan Seladang manakala cadangan kedua adalah menutup Jalan Alma Jaya 2 dan Jalan Seladang.

Keadaan persimpangan Jalan Alma Jaya 2 yang berbahaya kepada keselamatan penduduk.

“Cadangan ketika pula adalah adalah untuk memasang lampu isyarat di persimpangan kedua-dua jalan berkenaan tetapi dilihat kurang sesuai kerana jarak yang terlalu dekat dengan simpang pertama iaitu kurang dari 300 meter,” ujarnya semasa sidang media, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, MPSP akan mengkaji kaedah paling sesuai untuk membina pembahagi jalan atau menutup Jalan Alma Jaya 2 berdasarkan maklum balas daripada penduduk yang akan dibentangkan menjelang Ogos ini.

“Oleh itu, langkah sementara sebelum cadangan ini dilaksanakan adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) membina bonggol untuk mengurangkan had laju kereta di persimpangan ini,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu bahawa projek pemasangan lampu isyarat ‘push button’ untuk lintasan pejalan kaki di Jalan Seladang antara Jalan Selamat dan Taman Nirwana telah mendapat kelulusan.

Oleh : SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar : CHAN KOK KUAN