MPSP laksana sistem kerja syif tingkat produktiviti

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

SEBERANG JAYA – Dalam menjamin penya

MAIMUNAH Mohd. Sharif dan Sr. Rozali Mohamud (kanan sekali) beramah-mesra
dengan barisan kakitangan sambil menunjukkan sijil-sijil penganugerahan yang
dimenangi pada Majlis Perhimpunan Korporat MPSP di sini baru-baru ini.

mpaian produktiviti yang lebih berkesan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kini cuba menerapkan sistem bekerja secara syif.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihak pengurusan sebelum ini telah berbincang dengan semua jabatan bagi menyusun semula cara penyampaian perkhidmatan supaya lebih produktif dan ‘value for money’.

“Kerja syif ini bukanlah perkara baharu, Skuad Khas serta Skuad Rumah Pam telah melaksanakan tugasan secara syif sebelum ini, dan kita mendapati ia (sistem ini) lebih komprehensif serta produktif.

“Malah, saya yakin, produktiviti penyampaian perkhidmatan mampu dipertingkatkan melalui pelaksanaan sistem bekerja ini,” ujarnya pada Majlis Perhimpunan Korporat MPSP dekat Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Perbandaran, Sr. Rozali Mohamud, barisan Ahli Majlis bagi MPSP dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan. Dalam pada itu, Maimunah turut mengingatkan kakitangan majlis agar kekal fokus kepada sembilan perkara yang digariskan sejak awal tahun ini.

“Sembilan perkara tersebut merupakan ‘core business’ MPSP iaitu, Kebersihan; Keselamatan; Lalu Lintas; Kawalan Banjir; Pengindahan Kehijauan dan Kemudahan Awam; Penglibatan Komuniti; Pembinaan Kapasiti; Pengukuhan Fiskal dan Kecekapan Proses Kerja,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Maimunah turut mengumumkan bahawa pada 22 April lalu, MPSP memperoleh dua penganugerahan iaitu Special Honour Award dan Honour Award melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya.

“Malah, MPSP turut disenarai pendek bagi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2017 melalui 22 inovasi yang diketengahkan oleh majlis,” jelas beliau.