Mural sepanjang 500m di Jalan Air Itam, tampil ciri budaya tempatan

Admin
whatsapp image 2025 06 25 at 14.10.01 (1)

AIR ITAM – Lukisan mural berunsurkan budaya tempatan bakal dilakarkan dengan penuh warna-warni sepanjang Jalan Air Itam menuju ke Lorong Batu Lancang.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang berkata, inisiatif tersebut adalah sebagai usaha membangkitkan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

 

Menurut beliau lagi, projek ini bertujuan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk setempat sekali gus menzahirkan penghargaan kepada ikon-ikon tempatan kelahiran Pulau Pinang yang pernah mengharumkan nama negara.

 

Melalui projek ini juga, selain elemen patriotisme turut diketengahkan adalah nilai-nilai budaya dan warisan serta identiti negeri.

 

“Projek ini telahpun bermula sejak dua minggu lalu dan dijangka siap dalam tempoh antara dua hingga tiga bulan akan datang (yang mana) pelancaran dijadualkan pada 16 September ini sempena Hari Malaysia,” ujarnya pada sidang media di sini pada 23 Jun 2025.

whatsapp image 2025 06 25 at 2.10.01 pm
JOSEPH Ng Soon Siang (empat dari kanan) bersama-sama jemputan merakam gambar kenang-kenangan dengan berlatarbelakangkan mural yang kini dalam proses mengecat.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Rohaizat Hamid serta wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

 

Difahamkan, projek lukisan mural ini diterajui oleh pelukis mural tempatan, Ooi Kok Chuan dengan kerjasama tujuh buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Air Itam; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Kang; SJKC Kong Min Pusat; SJKC Kong Min Cawangan Satu; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling; Chung Ling Persendirian dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam.

 

Dalam pada itu, Soon Siang menjangkakan lebih banyak sekolah akan mengambil bahagian dalam projek ini nanti.

 

“Lagipun, nama semua institusi yang mengambil bahagian akan disematkan dalam lukisan mural sebagai tanda penghargaan,” katanya.

5aaf4ff2 1a11 466f a6a7 e814f2a4c574
KERJA-KERJA mengecat sedang dijalankan.

Bercakap mengenai kos mural terbabit, Soon Siang memaklumkan ia dianggarkan menelan belanja sebanyak RM50,000.

 

Oleh itu, pasukan saya sedang mencari penaja untuk membiayai projek ini.

 

“Projek ini bakal menjadi mercu tanda baharu di kawasan Air Itam ini,” katanya.

 

Sementara itu, Kok Chuan ketika ditemui berkata bahawa beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kualiti terbaik dalam karya seni tersebut.

 

Gambar : ADUN