Naik taraf Taman Lebuh Armenian bakal tambah nilai estetika

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap penarafan Taman Lebuh Armenian di kawasan tapak warisan UNESCO di sini bakal merangsang impak positif kepada jaringan pengunjung dan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang terutamanya buat penduduk yang tinggal berdekatan.

Projek bernilai RM1.2 juta dengan keluasan 3,600 meter persegi tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2016. Guan Eng berkata, projek tersebut adalah sebahagian daripada langkah berterusan untuk memulih semula dan memelihara kawasan George Town.

“Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai pendekatan serta program bagi meningkatkan taraf kualiti hidup penduduk sekitar kawasan ini (George Town).

“Antaranya, Greening George Town pada tahun 2010 bersama-sama Datuk Bandar Adelaide yang bertujuan meningkatkan laluan pejalan kaki di dalam tapak warisan.

“Diikuti dengan Car Free Day di sekitar George Town (2011), penyediaan lorong basikal di sekitar pulau dan pelaksanaan kempen PENBAR (Pulau Pinang Bebas Asap Rokok) bagi membentuk masyarakat dan persekitaran yang lebih kondusif serta sihat untuk didiami,” ucapnya pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Taman Lebuh Armenian di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai dan Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ir. Ang Aing Thye.

Projek menaiktaraf Taman Lebuh Armenian adalah hasil kerjasama antara MBPP, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Think City Sdn. Bhd. dan Aga Khan Trust for Culture yang turut berganding bahu menaiktaraf taman kejiranan Lebuh Acheh.

Dalam pada itu, tambah Guan Eng, kerja-kerja penarafan adalah merangkumi tanaman landskap, laluan pejalan kaki dan pemasangan lampu yang akan menambah nilai estetika pada taman tersebut.

“Bagi gelanggang bola keranjang, ia akan dikekalkan, tetapi akan diorientasikan semula sebagai ruang acara serbaguna.

“Manakala, Dewan Belia Perbandaran Lebuh Acheh akan dibaik pulih

}