NGO sebagai ‘pendamping’ sokongan moral kesihatan mental

6ed52a28 9373 47e1 870d dd72e86c6ab8

HARI Kesihatan Mental Sedunia yang disambut setiap 10 Oktober saban tahun bukan sahaja menjadi detik peringatan, tetapi juga medium penting dalam menyemai kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental.

 

Menurut laporan sebuah portal kesihatan digital, Hello Doktor, masalah kesihatan mental sukar didiagnosis kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sekali gus menjadikannya cabaran besar untuk dikenal pasti.

 

Dalam usaha membantu individu yang berdepan isu ini, badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan penting sebagai pendamping dan penyokong moral.

img 4482
K. Santa.

Wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI baru-baru ini menemu bual seorang sukarelawan di organisasi yang menyediakan perkhidmatan sokongan emosi dan talian bantuan 24 jam, Befrienders, K. SANTA, bagi memahami cabaran sebenar dalam menangani isu tersebut.

 

Ditanya mengenai keberkesanan kempen kesedaran, beliau berpandangan bahawa kempen berkaitan sedikit sebanyak membantu, namun ia masih belum mencukupi.

 

Sebagai salah satu NGO di Pulau Pinang, kami (Befrienders) banyak bekerjasama dengan NGO lain bagi membantu pesakit mental mendapatkan capaian sokongan yang lebih luas

 

Namun, keadaan menjadi lebih mencabar apabila kesberkaitan kesihatan mental meningkat mendadak selepas pandemik COVID-19,” jelasnya.

 

Mengulas mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai alternatif rawatan, Santa menyatakan bahawa iakurang sesuai.

 

Masalah mental memerlukan sentuhan manusia dan pada pandangan saya, AI hanyalah sesuatu yang diprogramkan serta tidak mampu menandingi sifat subjektif serta kompleksiti emosi manusia

 

“Oleh itu, sokongan manusia masih sangat diperlukan,” katanya yang sudah lebih 10 tahun bergiat dalam bidang ini.

 

Beliau menambah, kerjasama dengan institusi pendidikan dan syarikat korporat juga penting dan kini menjadi lebih positifberbanding dahulu.

 

“Jika dulu isu ini dianggap ‘taboo’, kini banyak syarikat multinasional dan institusi pendidikan mula berganding bahu dengan NGO dalam usaha menangani masalah mental…ini merupakan suatu perkembangan yang amat baik.

 

“Selain itu, pihak sekolah, kolej, universiti, turut melakukan perkara sama untuk dimanfaatkan oleh kakitangan bertugas,” ujarnya.

img 4483
KOAY Ting Yin.

Selain itu, Buletin Mutiara turut mendapatkan pandangankaunselor berdaftar di Agape Counselling Centre Malaysia (Cawangan Pulau Pinang), KOAY TING YIN, KB;PA yang berpendapat bahawa kempen Hari Kesihatan Mental Sedunia masih relevan dalam mendidik masyarakat.

 

“Hari khas ini penting untuk menangkis stigma dan salah faham terhadap pesakit mental. 

 

Secara tidak langsung, ia meningkatkan kesedaran terhadapnilai-nilai positif serta menggalakan responsif yang lebihberkesan.

 

Ia juga mampu merapatkan jurang antara perkhidmatan kesihatan mental dan masyarakat,” katanya.

 

Berkaitan penggunaan AI, beliau turut tidak bersetuju jika teknologi dijadikan pengganti terapi manusia namun mengakui mungkin ada manfaat tertentu.

 

“Kajian profesional tidak menyokong AI sebagai rawatan utama, tetapi teknologi ini membantu pakar dari aspek pengurusan, latihan, pengetahuan asas serta pengesanan awal

 

Walau bagaimanapun, masalah mental masih perlu mendapatkan rawatan terus daripada pakar yang berpengalaman secara klinikal,” jelasnya.

 

Menyentuh aspek sokongan di tempat kerja, Ting Yin mencadangkan supaya syarikat menyediakan insurans atau elaun kesihatan mental.

 

Perlindungan insurans bagi perkhidmatan kaunseling boleh membantu pekerja

 

“Selain itu, majikan perlu dilatih untuk mengenali tanda awal kecenderungan masalah mental dalam kalangan kakitangan supaya tindakan awal dapat diambil,” tambahnya.

 

529738004 25109861981947983 5668446593062377072 n
LESLIE Lee Kim Guan.

Sementara itu, Pengasas D’Home Mental Health Association (D’Home), DATO’ SERI LESLIE LEE KIM GUAN, ketika dihubungi berkata, Hari Kesihatan Mental merupakan wadah penting dalam menangani isu setempat seperti stigma budaya dan keagamaan terhadap kesihatan mental.

 

“Secara tidak langsung, ia turut mempromosikan sumber bantuan serta perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan, klinik kesihatan, dan organisasi seperti D’Home serta Befrienders.

 

“Aktiviti seperti bengkel, ceramah dan program kesedaran awam diadakan bagi membina komuniti penyayang serta menormalisasikan perbualan mengenai kesejahteraan mental,” katanya.

 

Dalam pada itu Kim Guan berpandangan bahawa sejajar dengan perkembangan pesat teknologi, AI kini dilihat sebagai sokongan kepada tugas profesional kesihatan mental melalui pelbagai kaedah termasuk transkripsi automatik sesi kaunseling, cadangan pelan rawatan berasaskan data klinikal, serta sistem ramalan awal bagi mengesan tanda kemurungan.

 

“Teknologi ini juga digunakan dalam bentuk aplikasi yang membantu pengguna berlatih kemahiran pengurusan emosi seperti mindfulness dan Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT), selain chatbot yang menilai tahap keperluan dan memberikan rujukan kepada sumber bantuan yang sesuai.

 

“Walau bagaimanapun, empati, kepercayaan dan hubungan manusia kekal sebagai asas utama dalam proses penyembuhan psikologi — sesuatu yang tidak dapat ditiru oleh algoritma,” tegasnya.

 

Kim Guan turut menyarankan agar semua pihak memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan mental supaya selari dengan usaha kerajaan memperkukuh kesihatan awam dan sosial negara.