BATU MAUNG – Penganjuran Penang Halal & Heritage Carnival (P2HC) Edisi Laksa 2025 diharap mampu menyemai kesedaran tentang pensijilan halal terutamanya melibatkan industri makanan.
Menurut Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada para usahawan tempatan menjana pendapatan tetapi juga memberi pemahaman serta kesedaran baru terhadap ekosistem halal di negeri Pulau Pinang.
“Selaku Pengerusi Penang Halal International (PHI), karnival yang diadakan ini diharapkan dapat mendekatkan agensi Kerajaan Negeri dengan masyarakat.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri menerusi pelbagai insentif dan program seperti geran pembangunan halal kepada usahawan kecil, bimbingan pensijilan halal JAKIM.
“PHI akan terus berperanan sebagai agensi peneraju dan pemudah cara bagi memastikan setiap peluang ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat Pulau Pinang, khususnya golongan usahawan dan belia,” ujarnya ketika pada Penang Halal & Heritage Carnival (P2HC) Edisi Laksa 2025 dekat Padang Awam Taman Iping Batu Maung baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PHI, Mohd Azraie Ramli.
Karnival yang berlangsung selama empat hari itu menghimpunkan 11 gerai laksa termasuk daripada Singapura dan Indonesia.
Selain jualan aneka jenis laksa, aktiviti lain yang turut berlangsung pada 31 Julai hingga 3 Ogos itu adalah jualan makanan, Bicara Halal, persembahan boria, wayang kulit, persembahan artis, mini zoo, memanah dan lain-lain lagi.
Difahamkan karnival sama juga akan dianjurkan di empat daerah lagi dengan menampilkan edisi yang berbeza.