Pasang AED disyaratkan dalam permohonan pelan kebenaran merancang MBSP

Admin
2d630340 fd28 4155 b576 4008df5c7cbb MOHD Ibrahim Md. Nor (berdiri, tengah) dan barisan pemimpin lain menyaksikan bengkel amali CPR dengan menggunakan AED dalam Majlis Perasmian Senaman Satu Hati Seribu Langkah anjuran bersama MBSP dan Penang Heart Save Spciety (PHSS) di lobi Menara Bandaraya dekat sini pada 3 Jun 2025.

SEBERANG PERAI – Sejak 1 Mac lepas lagi pemasangan mesin Automated External Defribillator (AED) dimasukkan dalam syarat permohonan pelan kebenaran merancang bagi projek-projek pembangunan baharu di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

7cacd29d 488b 41b6 94f4 7ca187ddbf46
MOHD. Ibrahim Md. Nor

Setiausaha Bandaraya MBSP, Mohd. Ibrahim Md. Nor memberitahu perkara itu dalam sidang media berkaitan seusai menyempurna Majlis Perasmian Senaman Satu Hati Seribu Langkah anjuran bersama MBSP dan Penang Heart Save Spciety (PHSS) di lobi Menara Bandaraya dekat sini pada 3 Jun 2025.

Menurut beliau, pada pagi ini juga turut diadakan sesi bengkel asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dengan penggunaan mesin AED yang melibatkan kakitangan MBSP.

Menjawab soalan pemberita selepas itu, beliau memberitahu bahawa setakat ini terdapat 11 unit AED telah dipasang di beberapa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

“Pada tahun ini, kita akan memasang 10 lagi unit AED dengan melibatkan peruntukan Ahli Majlis (MBSP) di premis-premis kita seperti kompleks makanan, pasar awam dan sebagainya,” jelasnya sambil mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memperluas inisiatif pemasangan AED di bahagian Seberang Perai.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR