Pasukan kerja panel solar tercekap dunia terima penghargaan

Admin
IR. Lim Kok Khong (berkaca mata, tiga dari kiri) menunjukkan anugerah yang dimenangi sambil ditemani pasukan kerjanya selepas menerima sumbangan penghargaan khas daripada Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.
IR. Lim Kok Khong (berkaca mata, tiga dari kiri) menunjukkan
anugerah yang dimenangi sambil ditemani pasukan kerjanya selepas
menerima sumbangan penghargaan khas daripada Kerajaan
Negeri di sini baru-baru ini.

PENGHARGAAN… Sebagai penghargaan kejayaan Syarikat M.E.I. Project Engineers Sdn. Bhd. yang telah memenangi Anugerah Kejuruteraan Cemerlang Institusi Jurutera Malaysia, Kerajaan Negeri dengan berbesar hati telah menyampaikan sumbangan RM 1,000 beserta sijil penghargaan kepada pihak berkenaan di sini baru-baru ini.

Syarikat berkenaan telah dipilih berdasarkan kejayaan mereka menyiapkan dan merekabentuk kejuruteraan, perolehanan, pengurusan pembinaan (EPCM) dan penyiapan untuk 127 ekar kilang solar AUO SunPower di Solar Valley, Melaka, Alor Gajah dengan keupayaan pengeluaran tahunan melebihi 1 Gigawatt Peak iaitu sebuah solar panel tercekap di dunia.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kepada Pengarah Urusan M.E.I.Project Engineers Sdn. Bhd., Ir. Lim Kok Khong di satu majlis ringkas di Komtar di sini.

Menurut Ketua Menteri, walaupun AUO SunPower bertempat di Melaka, namun, tenaga kerja mahir kebanyakannya dari Pulau Pinang.

“Kemungkinan AUO SunPower boleh dibina di sini (Pulau Pinang) pada masa hadapan,” ujar Ketua Menteri.

AUO SunPower merupakan industri pengeluar panel solar berasaskan silikon monocrystalline yang terbesar di Malaysia