Perjanjian urus tangki septik pertama utara negara ditandatangani

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

AIR ITAMSatu perjanjian bersejarah di antara Indah Water Konsortium (IWK) bersama lapan penghuni Jalan Satu di sini telah ditandatangani berhubung pembekalan perkhidmatan pengosongan tangki, pengendalian dan penyelenggaraan tangki septik komunal baru-baru ini.

Perjanjian bagi memastikan sistem pengurusan pembentungan lebih terurus dan tidak menyebabkan pencemaran berkenaan merupakan yang pertama di bahagian utara negara selain Semenyih, Selangor sebelum ini.

Umumnya, perjanjian tersebut adalah lanjutan masalah berbangkit para penduduk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai ekoran limpahan tangki septik dan sistem pembentungan yang tidak lagi dikawal selia oleh IWK semenjak tahun lalu.

Hon Wai berkata, perkara tersebut telah dibincangkan pada satu sesi dialog di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), IWK dan para penduduk Jalan Satu serta Happy Valley.

“Dalam perbincangan tersebut, saya telah mencadangkan agar satu kontrak dibuat di antara penduduk dan IWK supaya perkhidmata pengosongan tangki dapat dilakukan.

“Ini penting bagi membolehkan penduduk mendapatkan perkhidmatan IWK untuk Common Septik Tank (CST) kerana sekiranya tangki penuh dan tidak diuruskan, limpahan akan mengalir ke longkang dan sungai hingga menyebabkan pencemaran,’’ katanya pada Sesi Lawatan Khas CST di Jalan Satu, Air Itam di sini baru-baru ini.

kakitan gan IWK melakukan kerja pengosongan tangki yang telah melimpah di CST Air Itam di sini baru-baru ini.
KAKITANGAN IWK melakukan kerja pengosongan tangki yang
telah melimpah di CST Air Itam di sini baru-baru ini.

.