Pejabat Ketua Menteri terima kunjungan hormat penuntut USM, perbincangan bersemuka sejajar Visi Penang2030

Admin
35fe98fb ab84 4794 b15c 6797a1cb9baf MEWAKILI Ketua MenterI, Mohd. Balkish Othman (depan sekali) sendiri menyantuni delegasi penuntut tahun akhir Universiti Sains Malaysia (USM) dalam sesi soal jawab lisan berkaitan di Pejabat Ketua Menteri, Komtar pada 12 Jun 2025.

GEORGE TOWN — Pejabat Ketua Menteri pada pagi ini menerima kunjungan hormat daripada 26 pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) serta seorang pensyarah pengiring, Dr Razlini Mohd Ramlidi di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

d489cfee 8e2a 4686 922f e3a4df4b50d5
GAMBAR kenangan delegasi penuntut USM bersama-sama para pegawai Pejabat Ketua Menteri di sini tadi.
8dd60b30 6630 475d a19d 9af7012d031a
MOHD. Balkish Othman memberikan taklimat ringkas kepada para penuntut tahun akhir USM mengenai tadbir urus rutin di Pejabat Ketua Menteri di sini.

Mewakili Ketua Menteri ialah Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd. Balkish Othman sendiri menyambut delegasi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut.

 

1e01947b a8db 472c b9fa 3605d88b42a1
YAP Lee Ying (berdiri) turut menjelaskan mengenai operasi Bahagian Penerangan Pejabat Ketua Menteri serta iklim kerjaya di sebalik portal berita Buletin Mutiara.
0b72a1a5 510f 4b21 98f0 182fc38615ed
LAI Hon Meng (tengah) turut berkongsi serba sedikit mengani corak pentadbiran Ketua Menteri, Tuan Chow Kon Yeow di pejabatnya. 

Turut serta, Setiausaha Sulit Kepada Ketua Menteri, Lai Hon Meng; Setiausaha Akhbar Kepada Ketua Menteri merangkap Pengarah Komunikasi Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying; Ketua Unit Penang2030, Teh Yee Teng; barisan pegawai dan kakitangan pihak pentadbiran.

Lebih sejam juga sesi soal jawab lisan berlangsung, antaranya berkaitan gagasan pembangunan jangka panjang Pulau Pinang sehingga tahun 2030 iaitu Visi Penang2030.

2568152e 3ca3 4832 9774 d3b80d4859c7
DR. Razlini Mohd Ramlidi (tengah) dengan diiringi Syakir Asyraf Sirajudin Selva (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mohd Balkhis Othman (dua dari kiri) sambil disaksikan dua lain di sini tadi.
c5ae8e40 f1d8 410c 88eb 6e59509ebbe3
DR. Razlini Mohd Ramlidi (kiri) dan Syakir Asyraf Sirajudin Selva (kanan) turut mengambil bahagian dalam sesi perbincangan dua hala berkaitan Visi Penang2030 di Pejabat Ketua Menteri tadi.

Mewakili delegasi penuntut, Syakir Asyraf Sirajudin Selva memberitahu bahawa lawatan dan kunjungan hormat mereka ke Pejabat Ketua Menteri pada pagi ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pembelajaran bagi subjek SPU406 – Seminar Pentadbiran Awam.

“Program SPU406 ini bertujuan untuk memberi pendedahan langsung kepada para pelajar tentang fungsi, tanggungjawab dan operasi pentadbiran tertinggi kerajaan negeri,” ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada pihak Pejabat Ketua Menteri kerana menerima kunjungan hormat tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING