Pelajar Kelantan lawat ‘pusat kitar semula’ negeri

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

JAWI – Seramai 49 pelajar dan tujuh guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, Gua Musang, Kelantan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pelupusan Sampah Pulau Burung di sini baru-baru ini.

Muhd. Farid Zainuddin, 17, berkata, minatnya untuk menjaga alam sekitar mula menyegar selepas menyertai Kelab Smart Rangers di sekolah.

Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa kelab, beliau mahu mengembang minat dalam aktiviti sukarelawan tersebut. “Di sekolah, memang ada kumpul bahan terbuang untuk kitar semula.

Terkenal kerana kerja kelab. “(Kelab) Smart Rangers ada kiosk sendiri untuk memudahkan semua bahan kitar semula ini dikumpul sebelum dijual kepada vendor,” ujar pelajar Tingkatan 5 itu ketika ditemui Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Bagi Nurihidayah Mohd. Hussain, 17, beliau puas apabila kerja-kerja sukarelawan itu membawa pulangan yang lumayan kepada kelab.

“Kita beli sampah daripada pelajar, proses (pengasingan) dan jual. Yang buat kerja ini dalam 15 ahli jawatankuasa kelab,” ujarnya.

Menurut Bendahari kelab, kira- kira RM3 bagi tiap-tiap sekilo tin aluminium yang dijual kepada vendor. Itu, tidak termasuk aktiviti menjual akhbar lama serta botol yang boleh membawa pulangan R M 0 . 5 0 sekilogram.

Sebagai Setiausaha, Nur Nadhirah Rosli, 17, pula berkata, kelab turut menganjurkan pertandingan bagi menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan pelajar.

“ Ada pertandingan… lima kilo(gram) ke atas layak untuk mendapat beg kitar semula secara percuma daripada kelab.

“Pertandingan, pemberian beg kitar semula dan lawatan sebegini adalah cara kita menarik (perhatian) pelajar untuk menyertai kita,” nyatanya.

Deligasi dari Kelantan itu disambut pembantu Jurutera PLB Terang Sdn. Bhd., Amir Ahmad Astor dan penyelianya, Ong Thang Khoon.

Amir berkata, pihaknya menerima kira-kira tiga tan sampah sehari, termasuk 100 hingga 200 kilogram plastik serta 200 hingga 400 kilogram besi.