Pelan cepatkan program vaksinasi di Pulau Pinang

Admin

KENYATAAN MEDIA KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW BERTARIKH 4 JUN 2021 DI KOMTAR,

GEORGE TOWN

___________________________________

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah membentangkan pelan mempercepatkan program vaksinasi untuk negeri Pulau Pinang demi mencapai matlamat imuniti kelompok menjelang akhir bulan Oktober ini. Serentak itu, dalam mesyuarat yang berlangsung semalam, Menteri turut memberi jaminan bahawa Pulau Pinang akan dibekalkan bekalan vaksin yang mencukupi dalam tempoh ini bagi memastikan matlamat berkaitan dicapai sepenuhnya. 

 

 

Justeru, Menteri memerlukan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditambah bagi mencapai sasaran pemberian dos vaksin sehari sebagaimana ditetapkan dalam perancangan berkenaan. 

 

 

Dengan ini, Kerajaan Negeri menyeru pihak / organisasi / pertubuhan / individu yang memiliki keupayaan berkenaan supaya tampil untuk bersama-sama berganding bahu merealisasikan pelan tersebut demi membentuk imuniti kelompok pada tempoh ditetapkan atau lebih awal daripada perancangan kini. Antara keperluan utama yang masih diperlukan adalah tambahan sekurang-kurangnya tiga (3) lagi PPV mega yang mampu memberikan perkhidmatan 5,000 dos suntikan dalam tempoh sehari.

 

 

Inisiatif berkaitan merupakan tambahan kepada perancangan sedia ada Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kini membabitkan 10 PPV yang mana pecahannya adalah seperti berikut:-

 

Daerah Timur Laut

(i) Kompleks Masyarakat Penyayang 

> Mula beroperasi pada 19 April 2021

> Kapasiti: 800 orang 

 

(ii) Tapak Pesta Sungai Nibong

> Akan dibuka pada 8 Jun 2021

> Kapasiti: 1,000 orang 

 

Daerah Barat Daya 

(iii) Kompleks Sukan Balik Pulau 

> Mula beroperasi pada 19 April 2021

> Kapasiti: 800 orang 

 

(iv) Dewan Balai Rakyat Bayan Baru 

> Akan dibuka

> Kapasiti: 600 orang 

 

Daerah Seberang Perai Utara
(v) Dewan Millenium Kepala Batas
> Beroperasi sejak 19 April 2021

> Kapasiti: 800 orang 

 

(vi) Pusat Konvensyen Perda 

> Akan dibuka

> Kapasiti: 800 orang

 

Daerah Seberang Tengah 

(vii) Dewan Seberang Perai Arena (SP Arena) 

> Mula beroperasi pada 19 April 2021

> Kapasiti: 800 orang 

 

(viii) Dewan Tapak Ekspo Seberang Jaya 

> Akan dibuka pada 14 Jun 2021

> Kapasiti: 600 orang

 

Daerah Seberang Perai Selatan 

(ix) Dewan Serbaguna Jawi

> Mula beroperasi pada 19 April 2021

> Kapasiti: 1,200 orang 

 

(x) Dewan Serbaguna Sungai Bakap 

> Akan dibuka 

> Kapasiti: 1,200 orang

 

Sebagai tambahan, berikut merupakan senarai hospital-hospital swasta yang bakal berfungsi sebagai Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagaimana diumumkan dalam kenyataan saya pada 31 Mei lalu, iaitu:-

(i) Hospital Lam Wah Ee (jangkaan bermula 7 Jun 2021); 

(ii) Hospital Loh Guan Lye (jangkaan bermula 14 Jun 2021);

(iii) Hospital Pantai (jangkaan bermula 7 Jun 2021); 

(iv) Hospital KPJ (jangkaan bermula 7 Jun 2021); 

(v) Penang Adventist Hospital (jangkaan bermula 14 Jun 2021); 

(vi) Hospital Gleneagles (jangkaan bermula 14 Jun 2021). 

Adalah dimaklumkan bahawa semua pendaftaran dan temu janji di hospital-hospital disenaraikan juga adalah menerusi aplikasi MySejahtera sebagaimana ditetapkan PICK. 

 

 

Bagi ‘economic frontliners’, Menteri turut memberi komitmen bahawa ia akan dilaksanakan pada bulan ini dengan memfokuskan kepada sektor industri pembuatan/perkilangan terlebih dahulu sebelum disusuli dengan pembinaan dan pelancongan. Malah, atas usahasama Kerajaan Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melantik Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai salah sebuah PPV yang berkemungkinan menawarkan perkhidmatan pandu lalu sebagaimana dipraktikkan di Kampus Kesihatan institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan kini.