Pemain perlu fokus dalam perlawanan, elak kesilapan mudah – Wan Rohaimi

e1d92aca 42e7 4cc4 ac7b 662311774690

GEORGE TOWN – Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail mahu pemain lebih fokus ketika di atas padang untuk mengelakkan kesilapan mudah berulang.

 

Menurutnya, gol kedua tidak sepatutnya berlaku dalam situasi ‘set piece’ yang telah menyebabkan Penang FC tumpas kepada KL City FC 1-2 semalam.

 

Gol saguhati Pulau Pinang dijaringkan oleh pemain pertahanan Stefano Brundo yang menanduk masuk sepakan percuma, Dylan Wenzel-Halls pada minit ke 47.

 

“Gol kedua terjadi selepas ‘set piece’, ada sedikit pelanggaran selepas itu yang mungkin tidak disemak pemain harap ada ‘foul’ tetapi itu tidak terjadi.

 

“Sepatutnya pemain perlu fokus, bermain ikut wisel, jadi apabila ada rembatan daripada pemain KL City FC tidak ada pemain kita yang cuba menghalang sepakan tersebut.

 

“(Dan) ini memang menjejaskan rentak sebab kita tidak sepatutnya membazirkan mata apabila bermain di laman sendiri,” ujarnya kepada pemberita selepas tamat perlawalanan semalam.

 

8f11a7cf 97d7 4e4e ac99 5508a7ece0ff

Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen; Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew Gim Eam dan tetamu-tetamu jemputan lain.

8077b687 4ead 43d0 90dd 2ce5f84cbbd8

Ditanya mengenai persembahan para pemain, Wan Rohaimi mengakui ia semakin meningkat daripada satu perlawanan ke satu perlawanan.

 

 

“Cuma faktor ‘kill the game’ itu masih kurang, kalau kita lihat awal permainan memang KL City FC kuasai permainan namun kita berjaya imbangi selepas itu.

 

 

“Kita juga berjaya cipta beberapa peluang tetapi gagal dimanfaatkan, ini yang jadi kebimbangan saya kalau jumpa pasukan lebih besar kita tidak gunakan peluang-peluang seperti ini,” katanya lagi.

 

 

Perlawanan seterusnya, Pulau Pinang akan bertemu Kelantan United di Stadium Bandaraya pada 30 Ogos ini.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR