Pemaju wajib tanam pokok teduhan

Admin

Oleh : ZULIANA AZIZ

SEBERANG PERAI – Dalam menjayakan kempen Pulau Pinang Bersih Hijau, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selaku pihak berkuasa tempatan telah mensyaratkan para pemaju perumahan supaya menanam pokok teduhan di kawasan pembinaan masing-masing sebelum mendapatkan pelan kelulusan daripada pihak berkenaan di sini.

Menurut jurucakap MPSP, Soon Lip Chee, sekiranya didapati pemaju gagal memenuhi syarat ditetapkan dan didapati pokok yang ditanam adalah tidak sesuai, maka, MPSP berhak untuk menangguhkan atau tidak meluluskan sijil kedudukan (OC).

Justeru, pemaju dinasihatkan agar menanam pokok bersesuaian dengan perumahan yang bakal didirikan sekaligus menepati kempen Pulau Pinang Bersih Hijau yang disarankan oleh Kerajaan Negeri,” ujarnya kepada Buletin Mutiara di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, orang ramai juga diseru supaya memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat pokok-pokok yang telah mati dan ditebang.

Ini adalah bagi memboleh dan memudahkan pihak MPSP menanam semula pokok-pokok baru di tempat-tempat berkenaan,” jelas beliau.

ANTARA pokok-pokok yang terdapat di Tapak Semaian MPSP, Sungai Puyu, Seberang Perai Utara (SPU) di sini.
ANTARA pokok-pokok yang terdapat di Tapak Semaian MPSP, Sungai Puyu, Seberang Perai Utara (SPU) di sini.

Jadual statistik penanaman pokok teduhan bagi tahun 2011 :

BULAN

MPSP PIHAK PEMAJU
Januari

572

Februari
Mac
April

2322

Mei

48

Jun

196

Julai

723

3209

Ogos

8

September

170

Oktober

556

1081

November

349

Disember

175

JUMLAH KESELURUHAN 2225

7184