Salur maklumat pusat siber kasino terus kepada polis

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Dengan bidang kuasa terhad yang dapat dikuatkuasa terhadap pemilik siber kasino di sini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyarankan supaya maklumat berkenaan terus disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 ISZUREE Ibrahim.
ISZUREE Ibrahim.

Ahli Majlis MPPP, Iszuree Ibrahim memberitahu, atas nasihat Penasihat Undang-Undang, MPPP hanya diberi kuasa mengambil tindakan ke atas siber kasino melalui kesalahan undang-undang kecil tred iaitu kesalahan berniaga tanpa lesen. Denda yang dikenakan adalah tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna, MPPP hanya berkuasa mengenakan kompaun terhadap pemilik terbabit manakala tindakan menyita dan merampas adalah di bawah PDRM,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Iszuree tidak menafikan bahawa operasi semasa yang dijalankan mendapat kerjasama penuh daripada PDRM.

Hasil operasi bersepadu sepanjang tempoh sebulan bermula November 2011, Iszuree melaporkan bahawa sebanyak lima siber kasino ditutup daripada jumlah keseluruhan 26 pusat kasino di zon utara dan zon selatan (69).