Pembayaran menerusi aplikasi Aspire Seberang Perai, menangi motosikal SYM

Admin
SETIAUSAHA Bandaraya MBSP, Baderul Amin Abdul Hamid (kiri) dan P. David Marshel merakamkan gambar santai sempena promosi pembayaran menerusi aplikasi Aspire MBSP di sini tadi.

SEBERANG JAYA – Individu yang membuat pembayaran cukai taksiran, sewaan atau kompaun beserta segala tunggakan berjumlah RM150 dan ke atas melalui aplikasi pintar ASPIRE sebelum 31 Ogos 2022 layak menyertai acara cabutan bertuah berganda peringkat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

AZHAR Arshad

Semasa mengumumkan perkara itu, Datuk Bandar MBSP, Dato’ Azhar Arshad memberitahu bahawa hadiah tempat pertama untuk acara cabutan bertuah berganda tersebut adalah motosikal model SYM VE1-110E, diikuti telefon bimbit Samsung Galaxy A32 Lite (tempat kedua), Honor 50 Lite (tempat ketiga), Vivo Y33S (tempat keempat) dan wang tunai RM500 untuk hadiah tempat kelima hingga ke-14.

“Segera muat turun aplikasi ASPIRE Seberang Perai menerusi Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery (untuk memulakan transaksi berkaitan).

“Cabutan nama pemenang yang bertuah akan ditentukan selepas Mesyuarat Penuh pada bulan September 2022 nanti (yang mana) maklumat lanjut mengenai terma dan syarat penyertaan boleh layari https://aspire.mbsp.gov.my atau emel [email protected],” jelasnya semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh di Menara Bandaraya MBSP di sini pada 21 Jun 2022.

SUASANA semasa berlangsungnya Mesyuarat Majlis Penuh di Menara Bandaraya MBSP di sini pada pagi tadi.

Bukan setakat itu sahaja, Azhar memberitahu bahawa mereka yang membuat pembayaran serendah RM5 hingga maksimum RM149 melalui aplikasi Aspire sebelum 31 Ogos 2022 turut layak menyertai acara cabutan bertuah.

“Seramai 35 pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah berupa baucer AEON bernilai RM100 setiap satu,” jelasnya lagi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD