Pembelaan wanita serlah maksud Al-Islam Rahmatun Lil ‘Alamin

RAHMAT KE SELURUH ALAM… Perbahasan mengenai status wanita dalam konteks Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Pulau Pinang sekaligus menyerlahkan rahmat dibawa oleh Islam antaranya memartabatkan wanita dalam masyarakat.

Maka, kempen ‘Penang Goes Orange’ anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil ‘Alamin Peringkat Negeri di sini baru-baru ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri sendiri dalam menghentikan keganasan wanita.

Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Kanita), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Noraida Endut dalam Forum Pembelaan Hak Wanita Dalam Islam di konvensyen itu antara lain mendedahkan, kajiannya mendapati bahawa wanita menghadapi saat yang mencabar sepanjang proses kehakiman terutamanya berkaitan perceraian.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim, Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dr. Norlela Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Penanti), Datuk Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang), Sohibus Samahah Dato’ Dr. Wan Salim Md Noor (Mufti Pulau Pinang) dan Datuk Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP) antara 163 perwakilan yang membahaskan kajian tersebut serta kaedah penyelesaian kes – kes keganasan membabitkan wanita