Chai Hong & Qiu Hong peserta bertuah marathon antarabangsa P. Pinang

MENCABAR & MERIAH… Seramai 28,000 peserta dari dalam dan luar negara ‘mencabar’ diri dengan mengambil bahagian dalam penganjuran tahunan Larian Marathon Antarabangsa Pulau Pinang Asics 2015 di sini baru-baru ini.

Hadiah utama menawarkan wang tunai bernilai RM20,000 dimenangi Julius Kiprotich Seurei, 28, yang menjuarai Kategori Lelaki Terbuka dengan catatan masa dua jam 22 minit, manakala bagi Kategori Wanita Terbuka, Fridah Jepkite Lodepa Too, 33, dua jam 47 minit.

Jarak keseluruhan larian bagi kategori berkaitan adalah sejauh 42 kilometer (km). Dua peserta bertuah, Ong Chai Hong dan Qu Qiu Hong masingmasing membawa pulang hadiah utama berupa Proton Iriz dan Proton Saga.

Memeriahkan penganganjuran, Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Exco Pembangunan Pelancongan, Danny Law Heng Kiang, Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air & Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut & Keretapi), Lim Hock Seng dan wakilwakil penganjur.