Pemenang peraduan mewarna, melukis poster dan video pendek anjuran Buletin Mutiara dimuktamad

Admin
aef86b29 a51f 40c3 88e8 5830fafe747f

GEORGE TOWN – Seramai lapan pemenang Bakat Si Cilik Mewarna dan tiga pemenang Pertandingan Melukis Poster bertemakan ‘Barisan Hadapan Benteng Negara’ dan Pertandingan Video Pendek bertajuk ‘Suasana Negara Merdeka’ anjuran Sidang Redaksi Buletin Mutiara dimuktamadkan, hari ini.

c7df84cd 357d 43f1 a4a6 bb8044502232 0ff36e03 9745 4f7f b3f3 3e1e1c4b73a9 2336d742 9adf 4af5 b161 7901cc2aeed1
Proses pemilihan pemenang disempurnakan oleh wakil dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lt. Madya Nurzulaikha Said; wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Keselamatan, Mohamed Azam Mohamed Salleh dan wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Lim Kheng Huat di Komtar sebentar tadi.

55cd4692 2d81 461e 9b5f 4ac731ee630eBercakap kepada Buletin Mutiara, Nurzulaikha menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh sidang redaksi Buletin Mutiara dan berharap agar beberapa aspek penganjuran dapat diperkemas pada masa akan datang.

“Penganjuran program sebegini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malahan juga mampu memupuk semangat cinta terhadap seni visual dan menghargai warisan budaya melalui medium lukisan yang dekat dengan masyarakat.

“Selain itu, karya lukisan pemenang juga boleh dipamerkan sebagai satu bentuk penghargaan serta galakan kepada peserta lain.

“Tidak dinafikan hasil karya kesemua peserta amat mengagumkan dan wajar dipamerkan kepada umum, secara tidak langsung usaha ini dapat memberi galakan kepada peserta untuk sertai lagi,” katanya.

0ab20cfd 7db0 4c62 a8ed fea95a3e0a76Mohamed Azam turut memuji tahap kreativiti yang ditonjolkan oleh para peserta, sekali gus menunjukkan bahawa bakat seni tempatan masih luas dan berpotensi untuk dikembangkan.

“Pertandingan seperti ini wajar diteruskan kerana mampu mencungkil lebih ramai pelukis muda berbakat dari pelbagai latar belakang.

“Untuk penganjuran akan datang, mungkin jumlah hadiah boleh dipertingkat bagi menarik lebih ramai penyertaan.

“Saya juga bersetuju sekiranya diwujudkan satu sudut khas bagi mempamerkan hasil karya pemenang supaya dapat dihargai serta menjadi inspirasi kepada orang ramai,” ujarnya.

c006f3a4 6f2f 42e9 b7bf 70101231ab5bPada sesi yang sama, Kheng Huat berkata bahawa pertandingan seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak ruang kepada golongan muda untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam bidang seni.

“Secara jujurnya, agak mencabar untuk barisan juri membuat pemilihan kerana hampir semua karya yang dihasilkan menampilkan tahap kreativiti tinggi.

“Dapat dilihat para peserta amat peka dalam memasukkan elemen kepelbagaian ‘frontliner’ dan nilai tempatan ke dalam setiap lukisan mereka,” jelasnya lanjut.

Sebagai makluman, pertandingan melukis poster menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM700 kepada johan, RM500 (kedua) dan RM300 (ketiga).

Manakala bagi pertandingan Bakat Si CIlik Mewarna tidak kurang hebatnya, hadiah sebanyak RM500 (johan), RM300 (naib johan), RM200 (tempat ketiga) berserta lima hadiah saguhati bernilai RM50 ditawarkan kepada pemenang.

Selain itu, pertandingan video pendek turut menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1,000 kepada pemenang utama sebagai galakan kepada peserta untuk menonjolkan kreativiti dan mesej yang berimpak tinggi melalui medium digital.

Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori peraduan :

Peraduan Bakat Si Cilik Mewarna
Pertama – Beatrice Tew Wen Hui
Kedua – Puteri Izzati binti Mohd. Fairuz
Ketiga – Dayang Ameera binti Azmi
Saguhati – Abigael Tan Yue Jia; Theresa Tan Jia Ying; Chua Eevonne; You Wen Shuen & Eow Hao Xen

Peraduan Melukis Poster
Pertama – Nur Annisa binti Amat Sukaria
Kedua – Amran bin Raduan
Ketiga – Lau Yu Qi

Pertandingan Video Pendek
@nazritahir_83

Tahniah kepada semua pemenang!

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SIEW CHIA EN