Pemohon FOI perlu tandatangani SD, maklumat bukan untuk tujuan urusniaga atau komersil – Exco

GEORGE TOWN – Di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI) [Enakmen 16], mana-mana individu yang ingin memohon dokumen rasmi kerajaan yang telah diubah status (declassified) perlu menandatangani Surat Akuan atau Statutory Declaration (SD).

Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dalam satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Ujar beliau, pemohon mesti menandatangani SD supaya maklumat yang diakses tidak digunakan bagi maksud urusniaga (commercial purpose).

“Pemohon perlu tahu bahawa perkaraperkara yang dikeluarkan (melalui FOI) boleh menjejaskan syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek-projek kerajaan.

“Oleh itu, mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat atau dokumen rasmi kerajaan yang telah diubah status boleh berbuat demikian dan menandatangani SD.

“Mereka (pemohon) bebas menggunakan maklumat dokumen bagi tujuan kepentingan awam termasuk sidang akhbar, tetapi bukan bagi maksud urusniaga (commercial purpose),” katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa FOI Pulau Pinang pada sidang media di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ramasamy memberitahu, melalui Mesyuarat Exco yang diadakan pada 21 Jun 2016, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri telahpun mencapai persetujuan untuk melonggarkan syarat permohonan FOI sebelum ini yang melarang pemohon mendedahkan manamana maklumat kepada umum.

“Walau bagaimanapun, pemohon masih perlu menandatangani SD bagi memastikan maklumat yang diperoleh tidak disalahgunakan untuk tujuan urusniaga atau komersil.

“Sekiranya pemohon cuba menggunakan maklumat yang diperoleh bagi tujuan komersil, mereka boleh dikenakan penalti mengikut ketetapan peraturan-peraturan dalam enakmen dan undang-undang subsidiari berkaitan,” ujarnya.

Terdahulu, dalam sidang media berasingan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus beliau menyatakan bahawa maklumat di bawah FOI adalah untuk kegunaan pemohon sahaja dan tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga walaupun secara lisan.

if (document.currentScript) {