Pemohon rumah negeri mesti sertakan penyata CCRIS – Exco

Admin

GEORGE TOWN – Mereka yang memohon rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik melalui Kerajaan Negeri mesti mengemukakan bersama penyata Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, langkah itu demi mengurangkan lagi kadar penolakan permohonan pinjaman perumahan oleh pihak bank.

“Kebanyakan kes ditolak adalah berkaitan CCRIS.

“Perumahan turut akan menasihatkan pemohon untuk mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkaitan nasihat pengurusan kewangan.

“Hasil mesyuarat Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan (SPEC), kita (Kerajaan Negeri) bersetuju untuk syarat mengemukakan penyata CCRIS bagi memudahkan (Bahagian) Perumahan (Negeri) membuat semakan sebelum membenarkan pemohon membuat permohonan bank,” ujarnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu merangkap Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh serta Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun.

Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat memberitahu, penyata yang diperlukan Bank Negara Malaysia (BNM) itu perlu disertakan bersamasama borang permohonan perumahan (PN1) untuk membuat saringan awal kelayakan pemohon.

Jelas beliau, mengikut statistik, sebanyak 12,515 daripada 27,435 permohonan pinjaman perumahan (di Pulau Pinang) ditolak oleh pihak bank dalam tempoh tahun 2013 hingga 2015.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);