GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC akan bangkit pada perlawanan kedua apabila menentang Melaka FC pada 13 Ogos (Piala FA) dan 17 Ogos (Liga Super).

Itu yang dijanjikan oleh Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail dalam satu sidang media sejurus tamat perlawanan Penang FC dan Terengganu FC di Stadium Bandaraya sebentar tadi.
Pada perlawanan tersebut Penang FC tewas 0-3 kepada Terengganu FC.

“Saya boleh katakan kami akan bangkit dengan variasi berlainan untuk perlawanan seterusnya.
“Kita perlu betulkan segala kesilapan yang kita lakukan, seperti memberi gol mudah kepada pihak lawan.
“Anak-anak buah saya berjaya mengekang pihak lawan pasa separuh masa pertama namun segala kesilapan mudah berlaku pada babak kedua,” ujarnya kepada pemberita.

Difahamkan seramai 5,000 penyokong Penang FC hadir memberi sokongan walaupun dalam cuaca hujan.

Turut hadir memberi semangat kepada Penang FC, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato’ Azrul Mahathir Aziz; Ahli-ahli DUN dan Ahli-ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR