Penang FC catat kemenangan berharga ke atas PDRM FC

img 6775

GEORGE TOWN- Pasukan Penang FC berjaya mencatat kemenengan kedua dalam saingan Liga Super selepas membelasah PDRM FC 3-0.

Gol pertama hadir menerusi Dylan Van-Halls yang juga pemain terbaik perlawanan pada minit ke-22.

img 6771

Selang beberapa minit, PDRM FC terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain import pasukan tersebut dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke atas Adib Ra’op.

Lapan minit selepas separuh masa kedua bermula, Muhammad Firdaus Saiyadi menambah gol kedua Penang FC dari sudut kiri pintu gol PDRM FC.

Van-Halls melengkapkan gol ketiga pada minit ke-74 melalui sepakan penalti selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran terhadap pemain Penang FC.

Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail ketika sidang media memberitahu masih banyak aspek perlu diperbaiki terutamanya penyudah mendapatkan gol.

“Kalau kita tengok banyak peluang dicipta tapi disudahi dengan penyudah yang lemah.

“(Dan) kita kena ingat kalau kita jumpa pasukan-pasukan lebih besar kita tidak boleh bazirkan peluang-peluang seperti itu.

“Saya harap rentetan kekalahan-kelahan sebelum ini, dengan kemenangan hari ini dapat menjadi pemangkin semangat dan saya juga nampak reaksi pemain yang sangat inginkan kemenangan dan memastikan tiga mata penuh,” ujarnya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Bandaraya di sini petang tadi.

Beliau berharap momentum kemenagan ini mampu diteruskan ketika menentang DPMM Brunei di tempat lawan pada 23 Disember ini.

Kemenangan tadi melonjakkan Penang FC ke tangga ke-10 liga dengan lapan mata.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: PENANG FC