Penemuan terbaharu, landasan troli tambah nilai Fort Cornwallis sebagai tapak bersejarah

Admin
f3a03f6f 8b81 4b7b 9e79 54a5a547ff08

GEORGE TOWN – Bahagian landasan troli berukuran kira-kira 7.4 meter (m) yang ditemui tertanam di bawah permukaan jalan berdekatan Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, bersebelahan dengan salah satu kubu bersejarah dekat Fort Cornwallis akan dipamerkan sebagai pameran awam terbuka.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pendekatan tersebut diputuskan Jabatan Warisan Negara (JWN) hasil usahasama pihak Kerajaan Negeri yang diwakili Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI), George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC) dan Aga Khan Trust for Culture (AKTC).

b6d83c40 3e47 4016 8c86 240b72e22095
SEKITAR sesi sidang media yang diadakan dekat sini sebentar tadi.
6c269a26 167b 4346 90b8 281b378999d7
LAWATAN ke bahagian landasan troli yang ditemui.

“Beberapa pilihan juga sedang dibincang oleh pasukan projek, pakar pemuliharaan dan perunding landskap termasuk mengekalkan landasan tersebut di tempat asalnya dan disertakan dengan papan penerangan serta landskap awam.

“Umumnya, pemeliharaan landasan troli yang ditemui pada 26 Jun lalu adalah berpotensi memberi pengunjung gambaran nyata tentang peranan strategik pulau ini semasa Perang Dunia Kedua dan menyumbang kepada usaha lebih luas untuk mengetengahkan kubu tersebut sebagai tapak bersejarah serta potensinya dalam menambah nilai kepada tafsiran awam terhadap Fort Cornwallis dan kawasan persisir utara,’’ jelasnya yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi pada sesi lawatan khas di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai; Pengurus Besar CMI, Datin S. Bharathi; Penasihat GTCDC dan AKTC, Francesco Siravo serta Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Astaka Kota Selera, Dato’ Dr. Shahul Hameed Syed Mohamed.

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota memberitahu bahawa walaupun reka bentuk terperinci masih belum dimuktamad dan disahkan, usaha untuk mengintegrasikan unsur sejarah terhadap pembangunan berterusan kawasan persisir utara kini giat dijalankan dengan sokongan JWN.

f1cf3baf 5ea8 4dc8 bfdf ee72184b086f“Penemuan signifikan tersebut dipercayai wujud sekitar 1895, dan sistemnya dipercayai telah dibina sebelum pendudukan Jepun pada tahun 1941–1945. Walau bagaimanapun, ia digunakan secara intensif semasa perang untuk mengangkut peluru, bekalan makanan dan bahan api dari kapal ke gudang tentera termasuk yang berada dalam kubu Fort Cornwallis.

“Justeru, buat masa sekarang, bahagian landasan yang terdedah sedang didokumentasikan dan dilindungi dengan teliti bagi mengetahui asal usul landasan troli berkenaan.

90a66072 5fd6 4ddf bc87 0f74bc6a68b0“Maka, dalam beberapa minggu akan datang, pasukan projek akan memuktamadkan cadangan yang menyeimbangkan pemeliharaan, keselamatan awam dan visi tafsiran jangka panjang kubu ini,” ujarnya lanjut.

tkm0709a
Buletin Mutiara difahamkan, penemuan ini bukan kali pertama peninggalan laluan bersejarah seperti ini ditemui, malah penemuan serupa pernah ditemui sekitar tahun 2017 hingga 2018 dalam kawasan Fort Cornwallis sendiri.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar & Video : SITI NURATIKAH RAHMAT