Penerima Program Emas perlu peka tarikh bayaran

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Sejumlah 90 peratus daripada 147,856 penerima sumbangan Program Penghargaan Warga  Emas Fasa 1 tahun ini telah menuntut token masing-masing baru-baru ini.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, daripada jumlah keseluruhan, hanya 14,786 penerima yang belum menuntut sumbangan masing-masing dalam tempoh dua minggu ditetapkan, iaitu dari 8 Mac hingga 21 Mac lalu.

“Senarai nama mereka ini (baki penerima) akan dibawa ke tempoh bayaran Fasa 3 iaitu pada 8 September hingga 26 September ini yang mana mereka yang terlibat (warga emas) akan mengambilnya di  pejabat daerah masing-masing.

“Semua penerima akan dimaklumkan melalui surat sekurangkurangnya seminggu sebelum tarikh bayaran,” ujarnya dalam sidang media di sini baru-baru ini.

Boon Poh dalam pada itu menasihati para penerima supaya peka dengan tarikh bayaran kerana terdapat kes ‘tersalah pandang’ tarikh bayaran dan juga tempat menuntut bayaran.

“Kita (Kerajaan Negeri) suka tekankan di sini bahawa tarikh bayaran adalah amat penting, sekiranya terlepas tarikh, nama penerima akan dibawa ke hadapan dan bakal menyebabkan penerima menerima bayaran lambat,” jelas beliau.

                        i.          Program Penghargaan Warga Emas

 

Program Penghargaan Warga Emas Tarikh Bayaran Bayaran Melalui
 Fasa 1/ 2014 8 & 9 Mac hingga 21 Mac 2014 Maybank
 Fasa 2 /2014 9 Jun hingga 27 Jun 2014 (kaunter khas dibuka pada 14 & 15 Jun) Pejabat Daerah
 Fasa 3/ 2014 8 September hingga 26 September 2014 Pejabat Daerah

 

ii.         Program Bantuan Ibu Tunggal

 

Program Bantuan Ibu Tunggal Tarikh Bayaran Bayaran Melalui
 Fasa 1/ 2014 7 Jun & 8 Jun hingga 27 Jun 2014 Pejabat Daerah
 Fasa 2 /2014 8 September hingga 26 September 2014 Pejabat Daerah

 

 

iii.        Skim Pelajar Emas

 

Skim Pelajar Emas Tarikh Bayaran Bayaran Melalui
 Fasa 1/ 2014 19  Mei hingga 30 Mei 2014 Maybank
 Fasa 2 /2014 6 Oktober hingga 17 Oktober 2014 Pejabat Daerah