Peraduan lukisan poskad – senarai pemenang diperoleh

PEMENANG… Kreativiti para peserta menyukarkan juri-juri jemputan memilih barisan pemenang Peraduan Lukisan Poskad-Kreativiti Anak Penang anjuran sidang redaksi Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Dua panel berkaitan adalah Setiausaha Sulit Kanan Y.A.B Ketua Menteri , S . Vijayalakchimi dan Penolong Pengarah (Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah , Penerangan, Warisan , Kebudayaan dan Kesenian) Unit Perancang Ekonomi Negeri, Muhamad Fariz Osman.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan dalam tempoh terdekat dan para pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon sebagaimana yang tertera pada borang penyertaan.

Peraduan Lukisan Poskad – Kreativiti Anak Penang adalah bermula pada 1 Ogos 2014 hingga 31 Disember  2014 membabitkan dua kategori penyertaan.

Setiap kategori menawarkan hadiah utama wang tunai bernilai RM500, Kedua (RM300), Ketiga (RM150) dan lima hadiah saguhati.if (document.currentScript) {