Peraduan lukisan poskad terima penyertaan termuda 3 tahun

GEORGE TOWN – Peraduan Lukisan Poskad – Kreativiti Anak Penang anjuran Sidang Redaksi Buletin Mutiara secara rasminya ditutup dengan penerimaan penyertaan-penyertaan kreatif daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Penyertaan termuda adalah daripada peserta berusia tiga tahun dengan menampilkan lukisan poskad kreatif bertemakan kucing CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus).

Saringan akhir bagi memilih pemenang utama, kedua, ketiga dan lima hadiah saguhati akan dijalankan dalam tempoh masa terdekat.

Malah, sebagai penghargaan kepada para pembaca, pelbagai peraduan dengan tawaran hadiah menarik bakal muncul pada edisiedisi akan datang. Peraduan Lukisan Poskad – Kreativiti Anak Penang adalah bermula pada 1 Ogos 2014 hingga 31 Disember 2014, terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Hadiah utama menawarkan wang tunai bernilai RM500, Kedua (RM300), Ketiga (RM150) dan lima hadiah saguhati.

Nantikan pengumuman barisan pemenang dan peraduan terbaru Buletin Mutiara!

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);