GEORGE TOWN – Cadangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mendirikan pangkalan agensi terbabit dekat Lebuh Macallum adalah perlu diperhalusi secara berperingkat termasuk penyelesaian isu-isu berkaitan yang dibangkitkan sebelum ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan sedemikian ketika menerima kunjungan hormat Pengarah APMM Negeri Pulau Pinang, Kapten Muhammad Suffi Mohd. Ramli dekat pejabatnya di sini sebentar tadi.
Sebelum itu, Muhammad Suffi menyifatkan bahawa tanah berhampiran Lebuh Macallum sebagai strategik bagi menampung saiz kapal yang besar dari segi kedalaman, termasuk keluasan tanah untuk membina kuarters kakitangan APMM itu sendiri.
Sementara itu, dalam perkembangan melibatkan aspek keselamatan, Muhammad Suffi memaklumkan bahawa status perairan di wilayah utara khususnya Pulau Pinang adalah terkawal.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan APMM, Shahrul Harun; Timbalan Pengarah Siasatan APMM, Leftenan Komander Maritim Norakma Hassan; Timbalan Pengarah Logistik APMM, Leftenan Komander Maritim Mohd. Hafidz Abdul Aziz dan Pegawai Unit Komunikasi Korporat APMM, Leftenan Madya Maritim Nurul Hanim Abdul Raof.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : MUHAMMAD IQBAL HAMDAN