Perginya srikandi Pulau Pinang – Toh Puan Goh Sin Yeng

Admin
DALAM kenangan. Potret mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu dan isteri, Toh Puan Goh Sin Yeng diletakkan bersebelahan.
DALAM kenangan. Potret mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu dan isteri, Toh
Puan Goh Sin Yeng diletakkan bersebelahan.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWNPulau Pinang kehilangan seorang tokoh wanita dihormati. Pemergian mendiang Toh Puan Goh Sin Yeng pada 29 Mei lalu (sehari selepas tarikh kelahiran suaminya, mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu) amat dirasai dan diratapi oleh rakyat Pulau Pinang.

Mendiang Toh Puan ialah baluvkepada mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua (1969-1990) yang menghembuskan nafas terakhir pada\ November tahun lalu pada usia 91 tahun.

Menurut anak sulung mendiang, Lim Chien Aun, mendiang menghembuskan nafas terakhir di samping anak-anak sekitar jam 11 pagi di kediaman mereka di Jalan Haji Sudin, Tanjong Bunga di sini.

Chien Aun juga menyatakan bahawa kesihatan ibunya agak merosot rentetan faktor usia mendiang yang telah menjangkau usia 93 tahun.

Mendiang Toh Puan meninggalkan empat cahaya mata, dua lelaki iaitu Lim Chien Aun, Lim Chien Cheng dan dua perempuan, Lim Pao Lin dan Lim Yen Pai beserta empat cucu dan dua cicit.

Dalam pada itu, pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri turut memberi penghormatan terakhir atas pemergian srikandi Pulau Pinang di kediaman mendiang di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bersama isteri, Betty Chew Gek Cheng; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus hadir memberi penghormatan terakhir.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh; Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi; Exco Kerja Raya Utiliti, Pengangkutan (Udara, Laut & Keretapi), Lim Hock Seng; Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Danny Law Heng Kiang dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.

Tambah Guan Eng, mendiang merupakan seorang wanita yang hebat.

“Sebagai tanda penghormatan, bagi pihak Kerajaan Negeri, saya menyerahkan bendera negeri kepada anak kedua mendiang, Lim Chien Cheng,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyifatkan mendiang sebagai wanita yang berperwatakan anggun dan berbudi (grace and dignity).

Mendiang Toh Puan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina, Batu Gantung di sini.

Salam takziah buat keluarga mendiang Toh Puan daripada Sidang Redaksi Buletin Mutiara.

KETUA Menteri mengetuai pucuk pimpinan negeri memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Gambar : ALISSALA THIAN
KETUA Menteri mengetuai pucuk pimpinan negeri memberi penghormatan
terakhir kepada mendiang. Gambar : ALISSALA THIAN