KM harungi air banjir demi rakyat

Admin
KETUA Menteri ditemani Jagdeep Singh (kanan, depan sekali), Exco-exco Kerajaan Negeri dan Farizan Darus meredah air banjir untuk melawat mangsa-mangsa kejadian di Jalan P. Ramlee di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri ditemani Jagdeep Singh (kanan, depan sekali),
Exco-exco Kerajaan Negeri dan Farizan Darus meredah air banjir
untuk melawat mangsa-mangsa kejadian di Jalan P. Ramlee di
sini baru-baru ini.

DATOK KERAMATDemi rakyat, Ketua Menteri telah membatalkan mesyuarat penting pada saat-saat akhir untuk turun padang sendiri bagi menyelami kesusahan mangsa-mangsa banjir kilat di Jalan P. Ramlee di sini baru-baru ini.

Selain lawatan dari rumah ke rumah, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh turut menyampaikan barangan makanan kepada mangsa-mangsa terlibat tanpa mengira latar belakang, agama, jantina dan fahaman politik.

Sebanyak 2,200 nasi bungkus telah diedarkan kepada mangsa-mangsa kejadian pada hari tersebut oleh pihak-pihak berkenaan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) tempatan.

Turut serta adalah Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Ar. Patahiyah Ismail.

Kata Guan Eng, hujan lebat yang berterusan selama semalaman telah menyebabkan perkampungan di kawasan rendah sekitar Jalan P. Ramlee ditenggelami air.

“Banjir tersebut adalah yang paling serius sejak tahun 2008 Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memerintah negeri Pulau Pinang.

“Justeru, Kerajaan Negeri berharap Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang dapat dilaksana kandengan kadar segera bagi mengelakkan berulangnya banjir yang serius begini sehingga membebankan rakyat,’’ katanya pada sesi turun padang ke kawasan dilanda banjir di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Jagdeep berkata, berbeza dengan kerajaan memerintah sebelum ini, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan dan beberapa insiatif secara berterusan untuk mengelak kejadian tersebut daripada berulang.

“Kita (kerajaan) tidak patut bertindak dengan hanya ‘membiasakan’ penduduk dengan keadaan sebegini sebagaimana dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Sebaliknya, bertanggungjawab dan mengambil tindakan kerana banjir adalah kejadian yang tidak normal dan boleh diatasi,’’ tegasnya dalam satu sidang media beberapa hari selepas kejadian tersebut di sini baru-baru ini.

Jagdeep memberitahu, antara insiatif yang dijalankan ialah melebar dan mendalamkan Sungai Pinang di bawah RTB Fasa 2 yang dipercayai merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di kawasan ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas berhubung kenyataan seorang kolumnis akhbar perdana berbahasa Cina, Sin Chew Daily pada 12 Jun lalu bahawa bantuan makanan tidak disampaikan kepada penduduk yang merupakan penyokong UMNO.

“Saya tak rasa Ms. Lok (Lok Chew Nee, kolumnis berkenaan) berada di sana (lokasi). Saya bersama Ketua Menteri. Kita ke sana (Jalan P. Ramlee) untuk tengok masalah. Kita hantar pasukan penuh dan tidak abai mana-mana pihak.

“Rumah Puteri UMNO, JKKK P. Ramlee pergi sana dan bagi nasi. Kat DUN (Dewan Undangan Negeri) saya, pasukan saya, tak kira warna kulit, agama, latar belakang politik, kami tak pilih bulu,’’ tegasnya.

A G D E E P S i n g h (tengah) menunjukkan artikel dalam akhbar berbahasa Cina yang dipercayai membuat k e n y a t a a n t i d a k benar berhubung penyampaian bantuan k e p a d a m a n g s a - mangsa banjir di sini.
A G D E E P S i n g h
(tengah) menunjukkan
artikel dalam akhbar
berbahasa Cina yang
dipercayai membuat
k e n y a t a a n t i d a k
benar berhubung
penyampaian bantuan
k e p a d a m a n g s a –
mangsa banjir di sini.