Perkasa ekonomi ummah melalui APAI2030, DFZ Agency sumbang van jenazah

7a810e20 8987 4a7d 8710 998c93cb53c8 MOHAMAD Abdul Hamid (tiga dari kiri) menyaksikan Abd. Hafiz Abd. Majid (tiga dari kanan) menyerahkan cek replika sumbangan bernila RM5,000 dan replika kunci van jenazah kepada pentadbir Masjid Jamek Sungai Puyu di sini pada 18 Disember 2025.

SUNGAI PUYU – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan terus memperkasa sosioekonomi ummah melalui pelbagai program hartanah wakaf dan zakat sebagaimana yang digariskan dalam Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).

a09b644f 9924 443b 9fb1 6c6d7f7be693
MOHAMAD Abdul Hamid

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyerahan van jenazah di Masjid Jamek Sungai Puyu di sini pada 18 Disember 2025.

​Menurut beliau, di bawah kerangka APAI2030, umat Islam diseru untuk terus bersatu padu serta melibatkan diri secara aktif dalam program pengimarahan masjid di kawasan masing-masing.

​“Wakaf dan zakat terus menjadi instrumen penting dalam pemerkasaan ekonomi ummah selaras dengan hasrat APAI2030,” jelas beliau yang juga merupakan Exco Pembangunan Agama, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, serta Perpaduan Masyarakat.

​Dalam perkembangan lain, beliau turut memuji usaha Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DFZ Agency, Abd. Hafiz Abd. Majid atas sumbangan sebuah van jenazah baharu yang siap diubah suai dengan kos kira-kira RM100,000 bagi memudahkan urusan kariah Masjid Jamek Sungai Puyu.​

ba5d59c0 66d1 494e a318 71b4ada95103
MOHAMAD Abdul Hamid (kanan) dan Abd. Hafiz Abd. Majid merakamkan gambar kenang-kenangan seusai selesai acara penyerahan van jenazah di sini sebentar tadi.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Arif Dato’ Za’im Md. Yudin; Mufti Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Sukki Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Mohamad Kairi Ghazalli dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Sungai Puyu, Abdul Malik Ibrahim.

img 2786
ABD. Hafiz Abd. Majid

Sementara itu, Abd. Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Timbalan Ketua Menteri I atas sokongan terhadap program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut.

​“Sumbangan ini bertujuan memudahkan urusan pengurusan jenazah serta meringankan beban ahli keluarga yang ditimpa musibah.

“Kita berharap ia menjadi amal jariah yang berterusan.

​“Inisiatif ini juga selaras dengan misi syarikat kami iaitu membina ekonomi dan berkongsi manfaat bersama masyarakat,” jelasnya lagi.

​Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB