Persatuan Bekas Sukarelawan Polis Pulau Pinang kongsi kebimbangan isu mat rempit

Admin

 

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pagi tadi menerima kunjungan hormat Persatuan Bekas Sukarelawan Polis Pulau Pinang di pejabatnya dekat Komtar.

Liew Hup Kheong yang mempengerusikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut antara lain berkongsi kebimbangan mereka mengenai isu rempit di kawasan taman-taman perumahan tertentu.

Beliau turut memberitahu Kon Yeow mengenai hasrat untuk mengadakan majlis jamuan makan malam mega demi menghargai anggota yang selama ini komited menjalankan aktiviti pencegahan gejala sosial di negeri ini.

Selain Hip Kheong, turut serta timbalannya, Tan Su Ooi serta beberapa ahli jawatankuasa kecil penganjuran jamuan makan malam Persatuan Bekas Sukarelawan Polis Pulau Pinang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING