Persimpangan Jalan Cantik dilebarkan, isu 30 tahun selesai

img 2927 CHEE Yeeh Keen (tujuh dari kiri), Lim Guan Eng serta barisan pemimpin lain merakamkan gambar kenangan di tapak projek pelebaran persimpangan Jalan Permatang Pauh ke Jalan Cantik dekat Sungai Puyu pada 27 Disember 2025.

BAGAN JERMAL – Jalan masuk dari Jalan Permatang Pauh ke Jalan Cantik yang sebelum ini selebar 6.5 meter (m) di sini telah dilebarkan kepada 9.5 meter.

img 2915
CHEE Yeeh Keen

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Chee Yeeh Keen memaklumkan bahawa projek penarafan tersebut bermula pada 19 September 2025 dan siap sepenuhnya pada 31 November 2025.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Bagan, Tuan Lim Guan Eng kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM80,000 bagi projek pelebaran persimpangan jalan ini.

“Namun, selepas proses tender, kos sebenar projek ini hanyalah sebanyak RM52,981.84,” jelasnya kepada Buletin Mutiara ketika ditemui di sini pada 27 Disember 2025.

Selain Guan Eng, turut hadir dalam sidang media tersebut ialah ADUN Bagan Dalam, K. Kumaran; dua Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Ng Yee Siang dan Benson Neoh Kah Wei, serta wakil penduduk tempatan dari Taman Cantik, Bagan.

img 2914
LIM Guan Eng

Sementara itu, Guan Eng berkata bahawa persimpangan sempit dari Jalan Cantik ke Jalan Permatang Pauh bukan sahaja menjadi isu berlarutan yang dihadapi penduduk tempatan selama lebih 30 tahun.

Malah, katanya, kawasan tersebut juga kerap berlaku kemalangan jalan raya.

Tambah beliau, antara faktor utama kelewatan pelaksanaan projek penaiktarafan itu sebelum ini adalah disebabkan cabaran besar berkaitan pengalihan utiliti air.

“Namun, YB Chee Yeeh Keen telah bertemu saya dan menyatakan komitmen beliau untuk menangani isu ini sehingga projek ini berjaya dilaksanakan,” katanya.

Teks & Gambar: ZAINULFAQAR YAACOB